Friday, April 3, 2009

LELAKI - KEJAM TAK BERTANGGUNGJAWAB

KEMARIN - PAGI aku jumpa kawan di 'Rufaqa Mini Market' di Sembulan. Mula-mula aku nda berapa perasan - tapi bila cerita-cerita baru aku ingat, rupanya dia yang berniaga makan di gerai tempat aku selalu sarapan. Aku tanya kenapa dia ada disini, jawabnya dia membeli ayam dari Mini Market ini. Aku pun menegaskan betapa bahaya membeli ayam yang sedia diproses, takut terjadi ayam yang tidak disembelih mengikut cara Islam seperti apa yang berlaku di Selangor yang di siarkan di TV baru-baru ini.

Sembang-sembang sambil sarapan, terkeluar pula kata-kata ini dari mulutnya -"Orang kita memang malas - malas berusaha" "Tambah-tambah lagi LELAKI - TIDAK BERTANGGUNGJAWAB".

Menurut kawanku ini, dia ada meminjam di AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia). Menurutnya hampir 70% ahli-ahli yang meminjam di AIM ni tiada perniagaan. Aku pun bertanya, kenapa pula jadi begitu. Katanya dia pun hairan, apalah guna meminjam kalau tidak juga hendak berniaga. Ini bukan saja menyusahkan diri sendiri malah menyusahkan orang lain. Katanya lagi baru juga hari Isnin yang lalu dia pergi ke pejabat AIM untuk membayar pinjaman. Adalah seorang ahli kumpulan mereka ni, tidak kecukupan wang untuk membayar pinjaman. - kekurangan RM4.00 Oleh kerana menjadi syarat AIM, semua ahli hendaklah menjelaskan bayaran sebelum dibenarkan pulang, maka ahli-ahli lain dalam kumpulan mereka pun rukut-rukut mengumpul RM4.00 untuk menambah wang kawan mereka tadi.

Tetapi masaalahnya, yang menyakitkan hati, si kawan ni, rupa-rupanya ada juga membuat pinjaman di Bank Rakyat dan telahpun mendapat RM15,000.00. Adakah patut dia meminjam lagi RM4.00 daripada kawan dalam pasukannya untuk membayar hutangnya di AIM? Heran juga, apalah guna hutang, kalau wang yang dihutang tidak membawa apa-apa pulangan? - menambah beban saja.

Terus lagi dia bercerita tentang kawannya, seorang guru yang ditinggalkan oleh suaminya yang berkahwin lain. Betapa anak-anaknya dibiarkan berkeliaran tanpa kawalan. Terkadang bermalam dirumah jiran, tidak dihiraukan. Teringat pula aku cerita si Surinit tentang budak yang meniru kerjarumah anaknya. Begitulah keadaan anak-anak yang datang daripada rumahtangga yang bercerai-berai. Si ibu tidak mempedulikan anak-anak kerana sedang bersedih dan geramkan pada suami yang tidak bertanggungjawab, manakala si bapa pula sedang asyik dengan isteri baru sehingga terlupa pada tanggungjawab pada isteri tua dan anak-anak. Hai dunia! dunia! - yang sedihnya kebanyakannya adalah orang kita.

3 comments:

NONG said...

Aduuui dunia...
ini yang bikin panas dada ni.
Nasib lagi mama sya dulu penuh disiplin jaga dan didik kami walaupun setelah bercerai dengan arwah bapa.Kalau inda disiplin kali, jadi dajal juga kami..palis2.

AragangTandik said...

Ia kan Nong, itulah aku suruh 'kawan' tadi nasihatkan kawannya supaya mengawasi anak-anaknya. Kita di kampung beruntung sebab ada sudara-mara yang boleh membantu, misalannya nenek, pakcik, makcik dll. Di Bandar ni hidup nafsu nafsi. Kau kau, aku, aku.

Anonymous said...

aragang tandek... yg budak tu kan sudahla mo meniru... kalau inda bagi tiru pandai pula marah2 sama org. dgn sia lagi tu dia marah.... ish ish ish ish...

lepas tu anak sia cerita kan bila sampai d sekolah tu budak cakap sama dia; bilangnya mati hidup balik pun dia inda mau sdh kawan sama anak sia... ada ka patut... mak bapak dia pun bukan peduli perangai anak diurang mcm tu...
eiii... bikin geram tooh..