Wednesday, October 29, 2008

KRISIS KEWANGAN LAGI ?

Tadi aku dengar di TV tentang isu DEB - pemilikan ekuiti 30 peratus Bumiputera minta dimansuhkan oleh TP/MCA - Ting Lai ka nama dia tu? - Heran pula kenapa timbul isu ini ketika krisis kewangan melanda dunia yang sudah tentu juga akan menjejaskan ekonomi Malaysia. Persoalannya adakah dengan menghapuskan 30 peratus yang dikhaskan kepada Bumiputera itu krisis kewangan akan dapat dipulihkan atau distabilkan ? Adakah dengan penghapusan itu ekonomi Malaysia akan lebih berkembang dan bersaing?

Aku rasa tidak - bukan isu pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera yang menjadi punca ketidakstabilan sistem kewangan dan ekonomi Malaysia apatahlagi dunia. Yang menjadi punca ketidak bersaingnya ekonomi Malaysia ialah pembaziran dan kebergantungan kepada pasaran tertentu sahaja seperti Amerika - tidak cukup diversified. Ada juga pandangan mengatakan 'conspiracy' pedagang mata wang. "As long as everyone gain something, no one is telling".

Malahan 30 peratus ekuiti Bumiputera inilah yang sedikit sebanyak menstabilkan ekonomi Malaysia - kenapa saya kata begitu? Sebab kebanyakan atau sebahagian besar ekuiti Bumiputera ini adalah milik Kerajaan bukan individu. Oleh kerana ekuiti milik Kerajaan maka keputusan yang dibuat seperti melepaskan pegangan tidak akan berdasarkan keuntungan semata-mata malahan isu-isu lain juga akan diberi perhatian seperti keselamatan negara dan isu-isu sosial. (Kejatuhan ekonomi boleh menimbulkan huru-hara). Ini dapat kita perhatikan dimana pelabur-pelabur asing sekarang ini dengan berbondong-bondong mengeluarkan pelaburan mereka daripada Malaysia.

Ini pandangan peribadi ku saja. - geram.

4 comments:

Kee Heritage said...

mmm.. masing-masing mo tunjuk hero bagi parti masing-masing. sekarang nampak politik sudah jadi medan perang bangsa dan agama pula... sedihnya, inilah wakil yang dipilih rakyat. politician yang mo belagak hero. bagus lagi hero drama tamil, sekurang-kurangnya betul-betul melawan penjahat.

e'Odu said...

emmmm....takut Msia jadi mcm Iraq...

AragangTandik said...

Insyallah kita semua akan selamat dunia akhirat - rakyat malysia bijak2 bah - Tapi aku suka juga tengok cerita hindi terutama yang ada Shah Rukh Khan ? pilem tamil buli juga la, kadang ada juga hero heroinnya yang lawa dan jalan cerita pun bagus.
Engge po rengge .....

Anonymous said...

Can you still use the internet on the iphone, even if you do not use an O2 sim.



________________
[url=http://unlockiphone22.com]unlock iphone[/url]