Saturday, December 6, 2008

First Time Naik Kapal Terbang - Everyone Can Fly

Adui! bising bising, alamak kenapalah budak-budak ni nda la pandai diam bah? Sekejap bediri di atas kerusi sambil membelakang menengok nenek diaorang yang duduk dibelakang bersebelahan sama aku. Sama juga si nenek ni masa pesawat baru mau naik terabang disitulah juga dia sibuk mengasi gula-gula sama cucu-cucunya yang nda pandai diam tu. Rasa-rasa macam geram juga aku sebab telampau nda ada disiplin. Balik-balik disuruh duduk oleh pramugari dan disuruh pasang tali keledar nda juga mau mendengar.



Geram ada, geli hati pun ada, kesian pun ada ba menengok diorang ni - excited betul dapat naik kapal terbang. Aku pula ada satu macam perasaan seronok bila menengok budak-budak tu

'happy'. Dalam hati ku teringat si Pais yang sudah naik kapal terbang sejak berumur 8 hari. sudah pigi melancung ke Jakarta, Bali dan Manila masa sekolah rendah lagi. Setidak-tidaknya budak-budak ni ada juga merasa naik kapal terbang walaupun dalam penerbangan domestik je. Bayangkan budak-budak dikampung yang jauh terpencil, jangankan naik kapal terbang, naik kereta pun jarang sekali.

5 comments:

Aiso said...

hmmm... kapal tarabang. masa kici dulu mcm umur 6-7 tahun aku heran tgk kapal terbang kalu limpas dilangit. siok pula kalu dapat jadi budak kici balik kan.

Cherry Lips said...

hahaha ia la, teringat masa kici asal kapal terbang limpas di langit jak berabis di lambai mcm la drg nampak kwang3x.

pertama kali naik kapal terbang masa darjah 2 atau 3 kali, aku ingat lagi berabis aku sama si Dewi makan tu kacang goreng free MAS huahahaha...

AngahBayan!! said...

kehkehkeh.... masa mula2 naik "now everyone can fly" tekezut jugak. mana ndknya,pramugari menjual makanan sama pungut sampah.Tapi, skrg jadi keperluan suda tu kapalterbang.Nasib ada company mcm tu..mampu juga org terbang p becuti..ndakla mahal sgt.

AragangTandik said...

Ini cerita Om Tok, Om Tok lagi...memang luculah Om Tok ni, dia bilang waktu dia masi kerja di Pertanian Bandau, dia bawa rombongan team bole Pertanian lawan Pertanian KK. Main di padang Tanjung Aru. Dia orang tu leading sudah satu kosong, tiba tiiiiba limpas kapal terabang, rendah sekali, kan landing di airpot Tanjung Aru, tentulah rendah. Adakah team dia dari Bandau tu terus berenti main - tengok tu kapal terbang - kehairanan sebab rendah ....Ha ha ha apa lagi berabis bah team KK mengasi masuk goal diaorang. Beteriak penonton diluar padang " Oiii Maidin dari mana ko bawa orang ni?" - ha ha ha kesian kan kalah team bapa angah.

DewiNuwa said...

aiyaaa cherry ingat jugak lu aaa crita kita dgn kacang MAS tu hahahhahah.. teingat pula wa satu lawak urg kampung yg dia ckp berenti lagi tu kapal terbang di traffic light di awan.. wahahahahahahhhh....