Thursday, February 5, 2009

MURID SEKOLAH MEMBODEK




Dua tiga hari yang lalu, kami ambil Faiz dari sekolah. Dalam kereta, Faiz terus becerita:




Faiz: "Mi, tadi ada kawan(murid disekolahnya) Pais bodek Pais"
Aku: "Aa apa dia bilang?"
Faiz: "Dia minta duit Pais, dia bilang dia nda ada duit, pigi sekolah pun naik bas"
DD si Faiz: "Jangan kasi duit Pais, Kasi tau dd siapa tu nanti dd marah dia"
Faiz: "Jangan D nanti dia pukul Pais"
DD si Faiz: "Kasi tau Chegu............."(sebut nama cegu)
Faiz: "Dia bilang jangan kasi tau siapa2"

Hari ni timbul lagi cerita fasal budak yang membodek tu,
Faiz: "Dd Faiz nampak sudah budak yang membodek Pais tu, dia naik kereta yang
pintu dia disurung-surung"

Aku: "O dia naik bas sekolah?"

Fais: "Bukan lah, Pais tengok no dia ......................"(plate No)

Aku sama Faiz Dipintu pagar Sekolah :

Faiz: "Mi tengok budak yang tinggi tinggi tu, itulah budak yang bodek Pais".
Aku: "Mana?" (nda berapa perasan yang mana satu).

Walaupun nampak macam tidak juga ada apa-apa, macam timbul juga rasa khuatir terhadap keselamatan anak, maklumlah sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Harap-harap guru-guru disekolah sentiasa peka terhadap perangai murid-muridnya.

6 comments:

$en$ei said...

kalau nda dibendung nanti besar jadi perampok pula

AragangTandik said...

Ia harap2 ndalah - silap2 jadi 'conman'.

Day Dreamer~ said...

hmm... bahaya budak2 sekarang ni. Itulah betul la tu jangan kasi biasa minum minuman berkarbonat dari kecil, ada effect sama otak tu.. ada ku baca artikel kesihatan dan otak.

AragangTandik said...

Hi Dreamer - betul juga tu - sedaya upaya aku suruh anak minum milo.

Anonymous said...

hehehe ingat plak dulu-dulu time kici,disuru minum susu sama nestum...di kajar lagi sampai di tangga suru kasi abis sebelum pigi skul....abis tue susu sama nestum di siram di pokok bunga hahahahah

Anonymous said...

Please note that this is a 1 track recorder so any
previous recording is overwritten. In addition,
create a sense of beauty by adding themes to the frames either with the help of a professional designer or
personalized one. The best dance school in Boulder can provide a comprehensive lesson on basic
dance steps and movements.

My web site :: landscape photography course