Sebelum itu aku singgah di Damai tempat adekku dan kami, Si Os & Yasin, si Yah & Charles dan aku sama hubby sama-sama pigi Morion. Syukur Alhamdullilah, nampaknya Pakcik agak baik, tapi hairan, katanya dia pigi Lotong, tetapi penyakitnya hospital tu inda dapat kesan. Macam ada dua tiga kes lah yang hospital ni inda dapat kesan sehinggalah pesakit dibawa ke Hospital SMC di Luyang, Kota Kinabalu. Hai apalah guna hospital kalau tiada doktor yang pakar dan tiada kemudahan untuk membuat penyelidikan untuk mengetahui penyakit yang menyerang pesakit?
Akhirnya dia pigi klinik swasta di Kota Marudu dan doktor di klinik swasta tu memberikannya ubat - kata doktor di klinik tu, kemungkinan Paru-paru Pakcik dijangkiti kuman - virus.
Wah, sedap pula kupang ni tau kalau rebus cecah lada padi sama asam limau,tambahan lagi kupang baru diambil dari laut - kupang peliharaannya sendiri. Sudahlah pemandangan dan suasananya cantek dan romantik. Pengusahanya pula kawan sekolah OS di KM dulu. Sayangnya dia inda pula jual kelapa muda, belum sempat, katanya sebab restorannya baru 2 hari DIBUKA?
Namun, makanan yang disajikan best best belaka. Terima kasih Charles & Yah kerana belanja kami. Seronok dapat berkumpul santai - cerita Pontianak tu memang klasik kan OS, YAH - bah kah jaga telangar tiang letrik he he he he.
Sumber Wikepedia Bahasa Melayu mengatakan:
Siput sudu atau juga dikenali sebagai kupang, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia
Melalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma'). Siput sudu juga selalu dimakan dengan alkohol (selalunya dengan with 'raki' atau bir).
Seperti makanan laut lain, siput sudu merupakan sumber protein yang baik.
5 comments:
wah...boleh bikin pusas juga pula kupang itu ahh...tapi kalau moginum sambil makan kupang di restoran terapung tu bahaya nanti jatuh dilaut.hahaha....
sukaaa pula komurang ni makan kupang.Malas ba aki makan itu kupang ada dia punya togitung hehehe....
Ha ha ha itu 'tongitung' saja yang bikin kacau bah, lain-lain ok juga tu.
adis... adakah togitung barang kupang? aina sudahlah aku nda pandai makan, nanti ketawa saja aku kalau nampak kupang mulai hari ini...
hahaha kyro, di tebing laut kaitu restoran tu? ok jugalah jatuh di laut sekurang2nya terus segar dari mabuk.. jan ja ada batu di bawah sana nda pasal2 terus jadi batu nisan... hahahaha...
live173影音视讯聊天室 , live173视讯聊天室 , 9158虚拟视频 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室
Post a Comment