Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU




Kaki membengkak terasa sakit
Loyanya tekak ku, makan pun tak larat
Baju pun ketat, di pinggang dah tak muat
Pening kepalaku, berdiri duduk rasanya berat

Geramnya, perut yang memboyot, sakit berdenyut
Sekejap menegang, sekejap rehat
Sakitnya semakin lama semakin hebat
Menegang, mengeras, berehat semakin kerap

Terasa malu dikelilingi jururawat
Di atas katil, kaki di ikat
Walau rambut mesra diusap
Gunting dan pisau tersusun berkilat
Rasa gerun mata melihat

Badan lemah, ingatan semakin melayang
Akibat suntikan ubat
Separa sedar suara doktor ku dengar memberi jelas
Bayi akan dilahir secara bebas
Kalau tak dapat, vacum atau pembedahan sudah terbayang

Tangisan dan lolongan pertama mu nak
Di telinga ku terdengar lunak
Segala sakit serta keringat mami dah tak ingat
Tercurah kasih sayang pembakar semangat

Anak-anakku
Kamulah menjadi tujuan hidupku
Kepada Allah Aja Wajala aku bersyukur
Kejayaan kamu di dunia dan akhirat aku doakan
Sayangku tak mungkin akan berakhir


4 comments:

kyro said...

A very touching poem and very beautiful picture too.Happy Mothers' Day to you.

akibaragon said...

Fuyoo....santik butul itu gambar.Time kau masih amoi2 ka tu?

Jijahh @ f.k said...

saya suka entry ni ....

silvi landa said...

988Bet | Agen Sbobet | Agen Judi | Agen Bola
Agen Sbobet
Agen Bola
Agen Judi
Bandar Judi
Bandar Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola