Tuesday, May 26, 2009

Apa Kabar? - Lama tak jumpa

Minggu lalu aku jalan-jalan di Pasar Tani di Kampung Air. Sedang aku membelek-belek bibit bunga dan bibit sayuran yang dijual, seorang kawan yang lama tidak ku jumpa menyapaku. "Apa kabar, lama tak jumpa!".
Memang sudah lama aku tak berjumpa dengannya, mungkin setahun, dua. Kalau tak silap kali terakhir aku jumpa dia di Tabung Haji - kursus haji. 'Cantek bunga-bunga ni kan?" katanya, aku menjawab "Ia, aku pun suka......tapi susah menjaganya kan?" .
Aku berkenan sepokok lada padi yang berbuah lebat. "Hairan ya, pokok lada ni rendah saja sudah berbuah," aku mengajukan pandangan pada penjual bunga. 'Memang bibit sekarang, kak' kata penjual bunga. Dalam hatiku - inilah kali hasil 'bio-tek'. 'Boleh dimakan kah ni, atau saja untuk perhiasan?' aku mengutarakan rasa sangsiku pada penjual bunga. "Dua-dua pun boleh" katanya.
Kawanku pula ada teori lain, mengapa pokok lada padi tu rendah-rendah sudah berbuah. Katanya menurut orang tua-tua, bila hendak menanam bibit, kita hendaklah berjalan dengan merendahkan badan kita - ini kononnya akan menghasilkan tanaman akan berbuah ketika ia rendah dan tidaklah meninggi - aku pun belum pula mencuba teori kawanku ini.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU




Kaki membengkak terasa sakit
Loyanya tekak ku, makan pun tak larat
Baju pun ketat, di pinggang dah tak muat
Pening kepalaku, berdiri duduk rasanya berat

Geramnya, perut yang memboyot, sakit berdenyut
Sekejap menegang, sekejap rehat
Sakitnya semakin lama semakin hebat
Menegang, mengeras, berehat semakin kerap

Terasa malu dikelilingi jururawat
Di atas katil, kaki di ikat
Walau rambut mesra diusap
Gunting dan pisau tersusun berkilat
Rasa gerun mata melihat

Badan lemah, ingatan semakin melayang
Akibat suntikan ubat
Separa sedar suara doktor ku dengar memberi jelas
Bayi akan dilahir secara bebas
Kalau tak dapat, vacum atau pembedahan sudah terbayang

Tangisan dan lolongan pertama mu nak
Di telinga ku terdengar lunak
Segala sakit serta keringat mami dah tak ingat
Tercurah kasih sayang pembakar semangat

Anak-anakku
Kamulah menjadi tujuan hidupku
Kepada Allah Aja Wajala aku bersyukur
Kejayaan kamu di dunia dan akhirat aku doakan
Sayangku tak mungkin akan berakhir


Wednesday, May 6, 2009

RESTORAN KUPANG TERAPUNG - TANDEK


KUPANG



25 aPRIL yang lalu aku pigi ke Tandek melawat Pacik Ungas yang kurang sehat dirumahnya di Morion.

Sebelum itu aku singgah di Damai tempat adekku dan kami, Si Os & Yasin, si Yah & Charles dan aku sama hubby sama-sama pigi Morion. Syukur Alhamdullilah, nampaknya Pakcik agak baik, tapi hairan, katanya dia pigi Lotong, tetapi penyakitnya hospital tu inda dapat kesan. Macam ada dua tiga kes lah yang hospital ni inda dapat kesan sehinggalah pesakit dibawa ke Hospital SMC di Luyang, Kota Kinabalu. Hai apalah guna hospital kalau tiada doktor yang pakar dan tiada kemudahan untuk membuat penyelidikan untuk mengetahui penyakit yang menyerang pesakit?

Akhirnya dia pigi klinik swasta di Kota Marudu dan doktor di klinik swasta tu memberikannya ubat - kata doktor di klinik tu, kemungkinan Paru-paru Pakcik dijangkiti kuman - virus.


Setelah berbual-bual dan bertanya kabar, kami meneruskan perjalanan ke Restoran Kupang Terapung di tepi laut, Tanjung Batu. Uih nah punya cantek jalan Tingkalanon sekarang, lurus dan bertar lagi tu - sayangnya jalan yang lalu dekat rumah kami dari dulu sampai sekarang inda betar - belupak-lupak lagi di tengah-tengah jalan. Rumput pun sudah tumbuh ditengah-tengah jalan lagi tu!

Wah, sedap pula kupang ni tau kalau rebus cecah lada padi sama asam limau,tambahan lagi kupang baru diambil dari laut - kupang peliharaannya sendiri. Sudahlah pemandangan dan suasananya cantek dan romantik. Pengusahanya pula kawan sekolah OS di KM dulu. Sayangnya dia inda pula jual kelapa muda, belum sempat, katanya sebab restorannya baru 2 hari DIBUKA
?

Namun, makanan yang disajikan best best belaka. Terima kasih Charles & Yah kerana belanja kami. Seronok dapat berkumpul santai - cerita Pontianak tu memang klasik kan OS, YAH
- bah kah jaga telangar tiang letrik he he he he.

Sumber Wikepedia Bahasa Melayu mengatakan:
Siput sudu atau juga dikenali sebagai kupang, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia

Melalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma'). Siput sudu juga selalu dimakan dengan alkohol (selalunya dengan with 'raki' atau bir).

Seperti makanan laut lain, siput sudu merupakan sumber protein yang baik.

Friday, May 1, 2009

TAG BY CHINADOLL

HOW WELL U KNOW YR HUBBY?

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
~~ Football, football, football ~~

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
~~ he he he nda makan, paling2 – Ulam + belacan

3. What’s one food he doesn’t like?
~~ Makanan yang berminyak, konon dia ni nda kenyang kalu makan yang indada nasi ~~

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
~~ Red Guara Cafe ~~

5. Where did he go to high school?
~~ Lok Yuk. ~~

6. What size shoes does he wear?
~~ 7 ~~

7. If he was to collect anything, what would it be?
~~ Everytihng that has Manchester United Logo ....ho ho ho....~~

8. What is his favorite type of sandwich?
~~ don't quite like sandwich I think - paling2 roti bakar kawin… ~~

9. What would this person eat every day if he could?
~~ Nasi, ikan masak ampap or ikan masak asam kunyit or curry fish head ~~

10. What is his favorite cereal?
~~ Macam jarang lah makan benda ni kecuali kalau breakfast di hotel - emmm coco crunch kali. ha ha hal ~~

11. What would he never wear?
~~ entahlah - bra kali Hehehe… ~~

12. What is his favorite sports team?
~~ Manchester United Manchester United Manchester United~~

13. Who did he vote for?
~~ BN di hatinya, tapi dia vote protest kali ~~

14. Who is his best friend?
~~ Who can stand his temper except Me, myself and I... hahaha… ~~

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
~~ When I recount his bad habit ~~

16. What is his heritage?
~~ Bajau/Jawa ~~

17. What is his favorite colour?
~~ blue/Brown~~

18. What is his habit?

~~ Smoking ~~

19. What is he proud of?
~~ Manchester United - when winning a football match ~~

20. Lastly, do you think he will read this?
~~ YES ~~

There you're Chinadoll, I've answered yr challenge.