Wednesday, April 8, 2009

TAG BY CHINADOLL

INI PROFILE KU - Hati, Cinta, Sayang Kamu he he he



1. What were you doing 5 years ago?

Eating, walking, sleeping, breathing, laughing, crying .......making love ......ah ha ..... and still am. Life goes on ................

2. What were the 5 things on your to do list today?

Bathe, breakfast, go to hospital, call a friend n bloggin

3. What are 5 snacks that you enjoy?

Kacang goreng, goreng pisang, jeruk buah, keropok and kueh2 Melayu - not very healthy eh?


4. What are 5 jobs you've had?

Temporary Clerk

Tutor/Trainer

Secretary

Executive Secretary

Administrator/Manager


5. Tag 5 person and who are they?

No one seems to respond to my tags so I'm tagging no one -

he he he seems like 'givin up eh?' HAVE A NICE DAY


Tuesday, April 7, 2009

Kee & Unggut Family Futsal Match

Keluarga Kee & Unggut akan mengadakan perlawanan Futsal di Gelanggang Futsal Suria, Kota Kinabalu pada tarikh berikut:

Tarikh: 11 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam

Perlawanan adalah antara 3oan keatas lawan bawah 30an.

Sesiapa yang ingin menyertai sila datang ke Gelanggang Futsal Suria pada tarikh dan masa tersebut.

Monday, April 6, 2009

MENANTU - MALAS

"Eeeh geramnya aku"rungut kawanku si Irine. "Menantu ku tu pemalas. Asyik beperam saja bah di bilik", bilangnya sama aku. " Bah ko tegur-tegurlah bah" aku bilang. "Ah malas lah aku mo mara-mara, puas sudah aku" bilangnya. Kawanku ni pula lain, geram sangat dia sama menantu perempuannya.

Macam-macam ragamlah budak-budak sekarang. Itulah mula-mula saja bukan main lagi becinta. Kata P Ramlee, "Pijak semut pun tak mati". Lepas dua-tiga tahun kawin, keluarlah semua tembelang. Kalau minggu lalu aku jumpa kawan yang geram sama lelaki, kononnya 'kejam, tidak bertanggungjawab' lain pula dengan kawanku ini yang geram sebab menantu perempuan yang tidak bertanggungjawab.

"Kalau nda belawa, beenjui sama kawan, nah bekurung dibilik", bilangnya. " masak air pun inda bah - semua aku yang buat" bilangnya. "Bah ko suruhlah diurang pindah rumah bah" aku bilang.

Friday, April 3, 2009

LELAKI - KEJAM TAK BERTANGGUNGJAWAB

KEMARIN - PAGI aku jumpa kawan di 'Rufaqa Mini Market' di Sembulan. Mula-mula aku nda berapa perasan - tapi bila cerita-cerita baru aku ingat, rupanya dia yang berniaga makan di gerai tempat aku selalu sarapan. Aku tanya kenapa dia ada disini, jawabnya dia membeli ayam dari Mini Market ini. Aku pun menegaskan betapa bahaya membeli ayam yang sedia diproses, takut terjadi ayam yang tidak disembelih mengikut cara Islam seperti apa yang berlaku di Selangor yang di siarkan di TV baru-baru ini.

Sembang-sembang sambil sarapan, terkeluar pula kata-kata ini dari mulutnya -"Orang kita memang malas - malas berusaha" "Tambah-tambah lagi LELAKI - TIDAK BERTANGGUNGJAWAB".

Menurut kawanku ini, dia ada meminjam di AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia). Menurutnya hampir 70% ahli-ahli yang meminjam di AIM ni tiada perniagaan. Aku pun bertanya, kenapa pula jadi begitu. Katanya dia pun hairan, apalah guna meminjam kalau tidak juga hendak berniaga. Ini bukan saja menyusahkan diri sendiri malah menyusahkan orang lain. Katanya lagi baru juga hari Isnin yang lalu dia pergi ke pejabat AIM untuk membayar pinjaman. Adalah seorang ahli kumpulan mereka ni, tidak kecukupan wang untuk membayar pinjaman. - kekurangan RM4.00 Oleh kerana menjadi syarat AIM, semua ahli hendaklah menjelaskan bayaran sebelum dibenarkan pulang, maka ahli-ahli lain dalam kumpulan mereka pun rukut-rukut mengumpul RM4.00 untuk menambah wang kawan mereka tadi.

Tetapi masaalahnya, yang menyakitkan hati, si kawan ni, rupa-rupanya ada juga membuat pinjaman di Bank Rakyat dan telahpun mendapat RM15,000.00. Adakah patut dia meminjam lagi RM4.00 daripada kawan dalam pasukannya untuk membayar hutangnya di AIM? Heran juga, apalah guna hutang, kalau wang yang dihutang tidak membawa apa-apa pulangan? - menambah beban saja.

Terus lagi dia bercerita tentang kawannya, seorang guru yang ditinggalkan oleh suaminya yang berkahwin lain. Betapa anak-anaknya dibiarkan berkeliaran tanpa kawalan. Terkadang bermalam dirumah jiran, tidak dihiraukan. Teringat pula aku cerita si Surinit tentang budak yang meniru kerjarumah anaknya. Begitulah keadaan anak-anak yang datang daripada rumahtangga yang bercerai-berai. Si ibu tidak mempedulikan anak-anak kerana sedang bersedih dan geramkan pada suami yang tidak bertanggungjawab, manakala si bapa pula sedang asyik dengan isteri baru sehingga terlupa pada tanggungjawab pada isteri tua dan anak-anak. Hai dunia! dunia! - yang sedihnya kebanyakannya adalah orang kita.

Tuesday, March 31, 2009

TERLEPAS PELUANG









Kemarin aku berkesempatan menghadiri Jamuan Teh di kediaman Konsol Indonesia. Tetamunya tidaklah begitu ramai tetapi yang datang atau mendapat undangan kelihatannya tergolong dari mereka yang punya nama -socialite. Waduh pakaian mereka sungguh anggun-anggun belaka - ya.... yang 'disigner' punya nama.

Aku? - pakai baju kurung asli dan bertudung litup. He he he. Aku ni nda seberapa fashionable - nda pandai bergaya. Tapi itupun sudah cukup baguskan? Kain baju ku diperbuat dari fabrik Sutera Thai. OKlah tu. Cuma inda ada yang berkelap-kelip - tudung sikit ada batu-batu - pun simple saja. Kasut - aku takut pakai kasut tumit tinggi-tinggi. Takut jatuh. Kaw kaw kaw. Pun begitu, adapula satu tetamu yang pakai fesyen seakan-akan 'hotpants' gitu. Lalu duduknya pun sedikit mengelikan hati, macam tekang-kanglah hingga menampakkan pangkal pehanya yang gebu - eh gebu kah itu? - wah mengumpat pula. Macam tidak sesuailah pula - janggal kelihatannya.

Thursday, March 26, 2009

MELAYU - OH MELAYU

MELAYU - siapa Melayu? - ada banyak tafsiran mengenai Melayu. Ada pernah saya terbaca Melayu kononnya berasal dari Yunan. Orang Sabah secara umumnya mengatakan Orang Melayu ialah sinonim dengan Orang Malaya, tetapi entahlah belum lagi saya cuba-cuba selidik samada orang Malaya yang berketurunan India dan Cina dari Semananjung (Malaya) itu juga dianggap Orang Melayu.

Dulu pada tahun 1963, musim dharurat semasa konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia, saya menaiki bas untuk ke bandar Tawau (ketika itu saya masih bersekolah). Dipertengahan jalan bas ditahan oleh sekumpulan Askar Malaya, maklumlah musim dharurat, maka askar pun berjaga-jaga, lalu seorang daripada askar tersebut menaiki bas dan memeriksa kad pengenalan semua penumpang didalam bas. Bila tiba pada giliran saya - askar tersebut terus bersuara lebihkurang begini..." eh inilah kali pertama saya jumpa orang Melayu sepanjang saya membuat pemeriksaan" - dia merujuk kepada kad pengenalan saya yang menyatakan bangsa saya sebagai "Melayu".

Inilah kali pertama saya mendapat perhatian disebabkan bangsa saya "Melayu". Selama ini saya langsung tidak terfikir apakah implikasi atau istimewanya bangsa saya itu.

Suatu hari saya dan kawan baik saya, seorang peranakan Cina kacukan Filipino, bersama kawan2 sekolah yang lain melawat kapal perang yang berlabuh di Pelabuhan Tawau. Semasa lawatan tersebut, salah seorang 'Navy' disitu bertanyakan bangsa kami - lalu kawan saya menjawab bahawa dia 'Cina' dan saya "Melayu". Navy tersebut pun membuat perhatian yang kulit saya lebih cerah pula daripada kawan saya yang berbangsa Cina. Adalah menjadi tanggapan atau persepsinya bahawa Melayu itu berkulit gelap manakala Cina itu berkulit cerah.

Sekali lagi saya berdepan dengan isu 'Melayu' ini ialah pada tahun 1980an, semasa Pameran EXPO Pulau Pinang ketika saya sedang menonton Persembahan Tarian oleh Atanas, Kumpulan Penari Tradisional dari Sabah yang terkenal pada masa itu. Sedang saya asyik menonton tarian itu, duduk seorang budak perempuan Cina yang pada pengamatan saya masih dalam lingkungan awal remaja. Lalu dia membuat komen.

Budak Cina: Orang Melayu Sabah putih-putih ya?
Saya: Ya ada yang putih dan ada juga yang tidak.
Budak Cina: Ya? Orang Islam Sabah makan babi.
Saya: Tidak, Orang Islam tidak makan babi.
Budak Cina: Ya saya nampak sendiri, Orang Melayu, Islam lah makan babi.
Saya: "Orang Melayu tapi bukan Islam - Melayu itu bangsa, Islam itu Ugama, apa bangsapun boleh masuk Islam....."

Nampaknya Budak Cina tadi keliru antara Melayu dan Islam. Yang dia nampak itu sebenarnya kaum Bumiputera Sabah yang katanya Melayu dan pada pendapatnya Melayu itu sudah semestinyalah Islam.

Kali keempat bangsa saya "Melayu" yang menjadi kontrovesi ialah pada tahun 1990an, yang pada suatu ketika saya membawa Almarhum ayah saya ke Hospital Queen. Apabila ditanya apa bangsa bapa saya, saya menjawab "Melayu". Tahu apa yang terjadi kepada saya? Tentu kamu tidak percaya, yang saya telah dimarahi oleh pembantu hospital disitu. Menurutnya, "di Sabah tiada Orang Melayu", kalau ada Melayu pun mereka itu berketurunan Berunai. Melayu Berunai.

Saya hanya mendiamkan diri dan terasa tersigung dengan herdikan wanita pembantu hospital disitu.

Baru-baru ini saya telah pergi ke Hospital Luyang untuk pemeriksaan kesihatan dan sekali lagi saya ditanya, apakah bangsa saya. Oleh kerana pengalaman pahit yang menimpa saya beberapa tahun lalu di Hospital Queen, maka saya kata, "Entahlah sayapun tidak tahu apa bangsa saya - bapa saya punya bapa Cina dan bapa saya punya mama Suluk. Mama saya pula Dusun - saya pun inda tau sudah apa bangsa saya."

Tiba2 seorang Cina tua yang sedang diperiksa menjawab, "Bangsa Malaysia".
Pegawai Perubatan yang sedang bertugas itupun membuat kesimpulan, " kau Islam? dan ko pakai tudung, Suluk lah kao itu." - Wah dalam hati aku berkata2 : "Pandai-pandai pula dia ni ....." Aku diam saja dan terus mengingati kata2 Shakespear "A Rose by any other name would smell as sweet".
Terus juga aku teringat kawan aku yang meletakkan poster ini dimeja kerjanya semasa di pejabat dahulu "I would never get lost as everybody tell me where to go".

Kalau saya yang tua2 ini rasa bingung bayangkan anak saya yang bapanya pun Peranakan? - would some people treat them as second class citizens?

Monday, March 16, 2009

Uik aku kena tag lagi olih si Chinadoll. Maaak, sebab dia cabar aku, tepaksalah aku jawab ni bah kan...

USING ONLY ONE WORD! It's not as easy as you might think! Copy and change the answers to suit you and pass it on. It's really hard to only use one word answers. Be sure to tag the person you received it from!


1 .Where is your cell phone? - Table (next to me aik susah pula mau jawab dlm satu perkataan ni)
2. Your significant other? -Faiz
3. Your hair? - short
4. Your mother? - Fatima
5. Your father? – Jalil
6. Your favorite place? - Sofa
7. Your dream last night? - Nil (slept like a log)
8. Your favorite drink? - Water (Bulih kah ni? Hehehe)
9. Your dream/goal? - Nirvana (Susah mau cakap dalam satu perkataan - banyaaaaaak)
10. What room you are in? - Living
11. Your hobby? - LEPAKING (bulikah ni?)
12. Your fear? - Unknown
13. Where do you want to be in 6 years? - Home
14. Where were you last night? - Town
15. Something that you aren't? - busybody?
16. Muffins? - Love
17. Wish list item? - Shoes
18. Where you grew up? - Tandek
19. Last thing you did? - Sleeping
20. What are you wearing? - Pants
21. Your TV? - Sony
22. Your pet(s)? - Rabbit
23. Friends? - TV
24. Your life? - Ummmmmm colourful
25. Your mood? - erratic
26. Missing someone? - children
27. Car? - Toyota
28. Something you're not wearing? - bra.... ces - he he he
29. Your favorite store? - Plaza
30. Your favorite color? - Blue
33. When is the last time you laughed? - night
34. Last time you cried? – February
35. Who will resend this? - None
36. One place that I go to over and over? - Market
37. One person who emails me regularly? - Aida
38. Favorite birthday present? - Holiday
39. Favourite place i'd like to be at right now? - Bank (ambil duit - harap2 urang lain bagi - he he he)

I tag Anna, Meng, Ajung, Nong, LMIKE, KIMARAGANG BOY & SANGURU plus Aiso (jawab lah kamurang nda susah bah ni)
Ooooops got to go now. Promised hubby I'd meet up with him in town.