Friday, October 24, 2008

HOSPITAL VISIT OPPSSS SORI MELAWAT PESAKIT

Aku baru pulang dari melawat saudara yang sedang terlantar di wad hospital. Kasihan aku melihat dan mendengar pengalaman pahit yang dilaluinya, tetapi nampaknya saudara ku ini sangat cekal dan tetap bersemangat dan redha. Muda-mudahan ia cepat sembuh dengan izin Allah. Insyallah.

Kemarin dan pada hari sebelum kemarin, tiga orang saudara ku telah meninggal dunia. Innalillahi waina lillah hi rojiun. Seorang telah dikebumikan di Sembulan, seorang lagi di Likas dan seorang lagi di Jalan Tinadukon, Tandek. Semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa saudara-saudara ku itu dan mereka ditempatkan disyurga bersama para solihin. Amin.

Penat dan letih rasanya - Aku pernah mengalami betapa kuatnya tekanan perasaan apabila ahli keluarga kita meninggal dunia. Entah kenapa, mula- aku hilang perasaan, seperti otakku kena bius tak pasti apa yang telah berlaku. Tiba-tiba pula aku merasa sedih yang amat sangat...Terasa seperti aku tengelam di dalam air yang dalam perlahan-lahan menjunam kedasar, nafas terasa sesak dan lantas pitam. Tiba-tiba aku terkejut seolah-olah berada dipermukaan air tercungap-cungap menghirup udara agar kembali bernyawa. Badan terasa lemah longlai tidak bermaya - lethargic. Aku hilang keyakinan diri - tidak mahu berjumpa dengan orang. Mujurlah saudara dan handai taulan terus juga mendekatiku dengan sabar mengingatkanku betapa anak-anak perlukan perhatianku dan juga mengingatkanku tentang kasihsayang Allah wajalla. Muda-mudahan saudara-saudaraku yang telah ditinggalkan oleh orang tersayang itu segera bangkit dari kedukaan dan redha dengan ketentuan Allah swt. Hidup harus diteruskan.

P/S: Sanguru minta aku tulis BM. Aku sambut cabaranmu Pyan.

10 comments:

Aiso said...

aku selalu mcm ni pula... pandai hilang fokus, diam, dan mcm berhenti bernafas. Lepas tu tekejut dari keadaan diam tu dan jantung berdenyut kuat. bahaya ni...

DewiNuwa said...

ooo.. ya aku pun pernah kena serangan mcm ni.. ini klu nda silap aku ia dipanggil "mild shock" ahahahha sebenarnya aku cong ja tu tapi dari segi common sense rasa2nya itu la baitu.. actually ini mmg biasa punya perkara.. nda tau la si aiso ni apa yg bikin dia kena mild shock.. telampau teruk ka budak2 di skul tu? hahhahahha..

Kee Heritage said...

well, aku tidak pernah kali tu entahlah tapi kalau jantung pandai berenti tiba-tiba sampai aku jatuh pitam atau jantung tiba-tiba berdenyut telampau kuat cam mo tekeluar dari dada tu pernahlah.. Kalau itu kenapa laitu?

kepada kakak, banyakkan bersabar dan bertenang dan berehat.. ahli keluarga mu sentiasa ada disisi bila kakak memerlukan ^^

AragangTandik said...

Aik ia ka kamu ni?.........Bukan pasal nampak cewek yang cun kah tu aiso...? ha ha ha - ba jaga-jaga la kesihatan selalu la pigi joging ka
swimming ka jangan telampau modop.
Meng pun jaga la makan jangan telampau makan megi je ....Si adek ni kenapa pula pasal pengunjung cyber ke yang bikin shock tu?

Lebon Botong said...

salam aragantandik. macam sya kanal ba ko ni ....

AragangTandik said...

Walaikumsalam Lebon aik capa ka ikau iti? - ba awasi no kalu ko kelala juga saudara mu ini. Aku belum lagi dapat meneka capa ko.

Aldusuni said...

aik naa aragangtandik 2 dlm 1 sia punya pamusaraan sama aragangtandik ni. 1- memang akanal ku n perna jumpa 2- rasa ginawo ku sja mcm perna jumpa sbp bila sia masuk blog kee n unggut semua ini tdk asing pd sya mala mereka ini terlalu dekat terutamanya aki unggut .... aik naaa isai ko diti ..

AragangTandik said...

Mungkin kita jumpa di KK kan? aku tau la ko skul sama c ly aku kakak dia tapi kadung kopijumpa tokou - akanal juga ba datii - cuma itu gambar nda terang - taula eh mato ah atarang.

Aku rasa la tokou eh tokou boh.

Aldusuni said...

walai di datin tokou biasa aku makan minum it gulu2.. duaton nu oto maidin isai aku bo atau datin. unggut taki ku.. i2la kamu ba inda ingat suda kg.salimandut di sana banyak keluarga aki unggut sampai d talantang mala merata kampung d tandik. keturunan unggut keluarga kedua terbsar lepas aki tumunda tapi mereka2 juga ni...

AragangTandik said...

Oooo ehlaan ku no isai ko. Siongo teianan ko tidiino ? Ah ko mongoi sid datin oi? Ong mongoi ko peelaan aku mijumpa-jumpa tokou ke. Salam