Tuesday, October 28, 2008

PELUPA - BUKAN MELAYU MUDAH LUPA

Geli hatiku tadi pagi. He he he adakah dady c pais - "mana kunci kereta ah ?" betanya sama aku, sambil sebok membungkar-bungkar kertas-kertas yang betaburan di atas meja kopi depan tv. Begitula tu meja tu - semak - buku, kertas, lukisan c pais, kertas pembungkus keropok, tinggal kertas, isinya abis suda tapi kertas pembungkusnya ndak juga dibuang ditong sampah. Mug bekas dady c pais minum kopi semalam. eeeh semakla. Dady c pais ni tiap-tiap pagi kelangkabut mau antar c pais pigi skul.

'Mana ko taru' ku bilang - dady c pais jawab - 'semalam aku taru di atas meja ba'. heran juga siapala pula yang ambil ?

Aku? - ikutla kono mencari-cari kunci kereta - " mengkali tejatuh dibawah meja!" ku bilang- Dady c pais membongkok meningu dibawa meja nda juga ada kunci. Aku pigi bilek c pais tengok atas meja komputer - mana tau dady c pais telupa dia taruh pula atas meja komputer - taulah dady c pais ni suka main game di komputer - game tembak-tembak ayam. Entah akupun heran, apalah kono siuknya tembak-tembak ayam tu ? Selalu aku kasi main-main dia - "banyaklah ayam ko dapat? patutla ayam dipasar mahal ..."

Aku dengar engin kereta sudah di start. Aku keluar dari bilek tengok c pais ketawa-ketawa - 'mana kamu jumpa tu kunci?" aku bilang sama c pais. He he c pais ketawa " di tangan dady" - ha ha ha aku ketawa kuat-kuat geli hati sambil-sambil mengolok-olok dady c pais.

Adakah patut - kunci dipigang-pigang tapi dicari la pula - hey pelupa sudah dady c pais ni tejangkit kali sama aku.

4 comments:

AragangTandik said...

aik - kenapa pula tarikh post ku ni 27 Oktober - ni hari bukan 28 Oktober ka? eeeh - hei, sejak pencen ni haribulan pun aku lupa ba.

Kee Heritage said...

betul la tu tapi mungkin masa kakak draft kemarin kali? mmm.. hahaha kelakar betul kamurang ni..

BUNG ADI said...

alaa...samalah kes, aku punya bog pun gitu, buat tazkirah jumaat tau2 haribulan lain. silap setting. Wah, korang2 saja ba pula besedap2 ni, nda kungsi2 sama kerabat lain. Nasib baik aku buka blog si aiso. Aiso apa dia itu? aiso sawo??? he3

Kee Heritage said...

tidak ba.. kami pun baru tau ko ada blog. sama juga ko tidak tau kami ada blog. masing-masing baru tau hahaha...