MELAYU - siapa Melayu? - ada banyak tafsiran mengenai Melayu. Ada pernah saya terbaca Melayu kononnya berasal dari Yunan. Orang Sabah secara umumnya mengatakan Orang Melayu ialah sinonim dengan Orang Malaya, tetapi entahlah belum lagi saya cuba-cuba selidik samada orang Malaya yang berketurunan India dan Cina dari Semananjung (Malaya) itu juga dianggap Orang Melayu.
Dulu pada tahun 1963, musim dharurat semasa konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia, saya menaiki bas untuk ke bandar Tawau (ketika itu saya masih bersekolah). Dipertengahan jalan bas ditahan oleh sekumpulan Askar Malaya, maklumlah musim dharurat, maka askar pun berjaga-jaga, lalu seorang daripada askar tersebut menaiki bas dan memeriksa kad pengenalan semua penumpang didalam bas. Bila tiba pada giliran saya - askar tersebut terus bersuara lebihkurang begini..." eh inilah kali pertama saya jumpa orang Melayu sepanjang saya membuat pemeriksaan" - dia merujuk kepada kad pengenalan saya yang menyatakan bangsa saya sebagai "Melayu".
Inilah kali pertama saya mendapat perhatian disebabkan bangsa saya "Melayu". Selama ini saya langsung tidak terfikir apakah implikasi atau istimewanya bangsa saya itu.
Suatu hari saya dan kawan baik saya, seorang peranakan Cina kacukan Filipino, bersama kawan2 sekolah yang lain melawat kapal perang yang berlabuh di Pelabuhan Tawau. Semasa lawatan tersebut, salah seorang 'Navy' disitu bertanyakan bangsa kami - lalu kawan saya menjawab bahawa dia 'Cina' dan saya "Melayu". Navy tersebut pun membuat perhatian yang kulit saya lebih cerah pula daripada kawan saya yang berbangsa Cina. Adalah menjadi tanggapan atau persepsinya bahawa Melayu itu berkulit gelap manakala Cina itu berkulit cerah.
Sekali lagi saya berdepan dengan isu 'Melayu' ini ialah pada tahun 1980an, semasa Pameran EXPO Pulau Pinang ketika saya sedang menonton Persembahan Tarian oleh Atanas, Kumpulan Penari Tradisional dari Sabah yang terkenal pada masa itu. Sedang saya asyik menonton tarian itu, duduk seorang budak perempuan Cina yang pada pengamatan saya masih dalam lingkungan awal remaja. Lalu dia membuat komen.
Budak Cina: Orang Melayu Sabah putih-putih ya?
Saya: Ya ada yang putih dan ada juga yang tidak.
Budak Cina: Ya? Orang Islam Sabah makan babi.
Saya: Tidak, Orang Islam tidak makan babi.
Budak Cina: Ya saya nampak sendiri, Orang Melayu, Islam lah makan babi.
Saya: "Orang Melayu tapi bukan Islam - Melayu itu bangsa, Islam itu Ugama, apa bangsapun boleh masuk Islam....."
Nampaknya Budak Cina tadi keliru antara Melayu dan Islam. Yang dia nampak itu sebenarnya kaum Bumiputera Sabah yang katanya Melayu dan pada pendapatnya Melayu itu sudah semestinyalah Islam.
Kali keempat bangsa saya "Melayu" yang menjadi kontrovesi ialah pada tahun 1990an, yang pada suatu ketika saya membawa Almarhum ayah saya ke Hospital Queen. Apabila ditanya apa bangsa bapa saya, saya menjawab "Melayu". Tahu apa yang terjadi kepada saya? Tentu kamu tidak percaya, yang saya telah dimarahi oleh pembantu hospital disitu. Menurutnya, "di Sabah tiada Orang Melayu", kalau ada Melayu pun mereka itu berketurunan Berunai. Melayu Berunai.
Saya hanya mendiamkan diri dan terasa tersigung dengan herdikan wanita pembantu hospital disitu.
Baru-baru ini saya telah pergi ke Hospital Luyang untuk pemeriksaan kesihatan dan sekali lagi saya ditanya, apakah bangsa saya. Oleh kerana pengalaman pahit yang menimpa saya beberapa tahun lalu di Hospital Queen, maka saya kata, "Entahlah sayapun tidak tahu apa bangsa saya - bapa saya punya bapa Cina dan bapa saya punya mama Suluk. Mama saya pula Dusun - saya pun inda tau sudah apa bangsa saya."
Tiba2 seorang Cina tua yang sedang diperiksa menjawab, "Bangsa Malaysia".
Pegawai Perubatan yang sedang bertugas itupun membuat kesimpulan, " kau Islam? dan ko pakai tudung, Suluk lah kao itu." - Wah dalam hati aku berkata2 : "Pandai-pandai pula dia ni ....." Aku diam saja dan terus mengingati kata2 Shakespear "A Rose by any other name would smell as sweet".
Terus juga aku teringat kawan aku yang meletakkan poster ini dimeja kerjanya semasa di pejabat dahulu "I would never get lost as everybody tell me where to go".
Kalau saya yang tua2 ini rasa bingung bayangkan anak saya yang bapanya pun Peranakan? - would some people treat them as second class citizens?