Sunday, November 16, 2008

SEPUPU YANG BARU DIKENAL

Semalam, aku berjumpa seorang sepupu yang baru ku kenal. Nda sempat pula ba aku betanyakan namanya. Lucunya tu kami sekeluarga sedang meraikan pernikahan si Angah dengan si Azhar. Sepupu yang tidak kami kenal ni pun turut sama rombongan pihak lelaki sebagai 'Jurugambarnya'.

Menurut cerita sepupu kami ni dia telah mengikuti rombongan pernikahan kawannya si Zar ni. Sebaik tiba dipersimpangan menuju kerumah pengantin perempuan dia terperasan macam 'familiar' saja ba tempat yang mau dituju. Dalam hatinya "aik, macam ku kenal ba rumah yang mau dituju ni.......rumah makcikku" sebenarnya bukan makcik tetapi sepupu kerana bapanya (arwah Makibin) adalah pakcik kami. Sampai dirumah, memang sahlah, rupa-rupanya gadis idaman kawannya Zar ini adalah anak buahnya sendiri yang dia pernah diperkenalkan oleh kawannya Zar sebagai tunangannya. Rupa-rupanya anak buahnya sendiri. Nasib baik nda salah kerof kan?

Arwah bapanya memang kawan sepermainan ku kerana umur kami tidak jauh bezanya. Tetapi setelah dia tamat belajar di USM, Penang akupun jarang sekali berjumpa dengannya. Itulah sebabnya aku tidak mengenal anak-anaknya. Ba dek kalu jumpa kami tegur-tegurlah sebab kami nda sudah kenal kamu yang sudah besar panjang tu. he he he

3 comments:

Aiso said...

ooo... si ardee baitu. memang kalu d kampung duduk diam d rumah saja sebab tu nda nampak nampak. keja d tuaran.

AragangTandik said...

Ooo patutlah ndak pernah jumpa, pemalu pula ba dia tu kaaaan?

Anonymous said...

teringat pula arwah pacik... dulu dia pernah mengajar di smk tandek, kami semua takut ma dia hehehehe... manakan indak kami kan nakal2 di smk. Satu kali dia jumpa mama dia nyaris2 kestau mama kenakalan ku di skul, tapi sekali dia tinguk muka arwah mama yang garang ready2 udah mo merutan terus dia kesian dia tukar cerita aku menjadi rajin pula (esh mimang juga la rajin menulung cigu walaupun nakal hehehe... perasan). Semalam nampak muka anaknya memang seiras muka pacik. Kalau tidak silap setelah pacik menjadi pengetua di smk tandek terus tu skul naik taraf jadi skula sains.. Pacik tu tegas tapi nakal juga...ada2 jak cerita lucu kalau dia datang pi rumah hehehe...