Wednesday, November 5, 2008

PRESIDEN AMERIKA KE44- BARACK OBAMA

WASHINGTON 5 Nov. – Rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih calon Demokrat, Barack Obama semalam sebagai Presiden kulit hitam mereka yang pertama, dengan memberi beliau kemenangan bersejarah ke atas calon Republikan, John McCain. - AFP

Semasa pilihan raya berlangsung, aku mau sangat Obama menang pilihan raya - kenapa ya? emmm sebab aku marahkan Bush kerana dasarnya - menyerang Iraq, sokongannya kepada Israel? - campurtangan di Pakistan dan Afghanistan ?

Tapi......sekarang dia sudah menang - nda pula aku konfiden dia buli buat apa yang dia janji - entahlah tengok jela kalau tentera Amerika akan ditarik balik dari Iraq. Aku ni pun macam ia ia je - nda jadi bekas langsung lah pada siapa-siapa apa yang aku rasa - jauh sekali Amerika kan kan? Tapi aku rekod juga peristiwa ni, setidak-tidaknya aku ni masih juga pula ada perasaan.

Tadi aku dengar Obama berucap di TV - oi memang hebat ba pula. Aku pun naik semangat bila dia bilang " Yes we can, yes we can". Tengok je dia pun rasa-rasanya tiada yang mustahil. Mungkin itulah yang menyebabkan rakyat Amerika mengundi dia - kerana dia memberi harapan.
"
The worst bankruptcy is the person who has lost enthusiasm" - Anonymous

3 comments:

Mu Rong said...

ia, kalau awal-awal lagi cakap macam nda cukup makan memang teda harapan la.. heehe...

harap dia buli menunaikan segala harapan yang dia beri kepada pengundi dia..

amoi said...

Yes we can tu macam kita punya tagline Malaysia Boleh lah tu. I hope Obama will bring changes as promised coz mau ndak mau it will affect us also bah jugak.

Aiso said...

hm... silap2 obama ni akan kena tembak juga mcm jfk. kerajaan amerika ni pernah kena saman oleh seorang lawyer pasal pembunuhan jfk. dia tuduh kerajaan amerika yg sengaja. ada konspirasi. kenapa? pasal jfk ni pemimpin yang inginkan kedamaian, bukan peperangan. terus kena bunuh... aku rasa trend ni masih wujud dan laaagi teruk sekarang ni. harap2 obama tidak sama nasib mcm jfk tu. boleh tengok cerita jfk lakonan kevin costner kalau mau tau/faham corak pentadbiran kerajaan amerika ni. bahaya wooo...