Monday, November 10, 2008

TIP OF BORNEO

Simpang Mengayau - alangkah indahnya pemandanganmu. Laut kebiruan luas terbentang. Teluk yang lekuk dihiasi batu batan terbentuk cantek. Benarkah disinilah tempat mundu-mundu bermesyuarat dizaman silam?

Mungkinkah lanun atau mundu yang dikatakan itu sebenarnya pejuang pembebasan tanah airku yang bertuah ini? Kata temanku sudah barang tentu ada khazanah di dasar lautmu yang tenggelam bersama kapal pedagang yang mengharungi mu laut Simpang Mengayau.

Aku? - musafir lalu, singgah sebentar.
Menziarahmu. menghirup udaramu yang segar.
Menyuntik kembali semangat yang pudar
Setelah mengunjungi saudara-saudaraku yang sedang kejar mengejar,
Menabur umpan untuk memancing ikan yang besar.

Sedih dan pilu melihat kamu,
Dimanakah hilangnya harga diri.
Dimana pergi rasa kasih-mengasihi.
Inikah pewaris, pembina tammadun insani?

Simpang Mengayau - ku tinggalkan dengan seribu rasa
Ada masa dengan izin ya rab pasti aku kembali lagi.

P/s: Ahad 9 Nov 2008-Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Marudu @ SMK Sikuati II

3 comments:

Aiso said...

wuik... pandai juga kau berpuitis pula... nanti aku tulis poem aku tp jan c tawa ar...

kopitumbuk said...

eheh.. ada bakat penulis ni..

AragangTandik said...

Bukan bakat penulis - bakat bekas luka he he he. Ko juga bilang fasal age factor jadi sensitif.