Wednesday, January 28, 2009

DURIAN DURIAN DURIAN

Tadi petang aku pigi cari buah durian. Si Faiz siap nangis lagi mau makan durian. Kami pun drive lah pigi Jalan menuju ke Papar. Dekat Kem Lok Kawi adalah beberapa buah lori 'parking' ditepi jalan sarat dengan buah-buah durian. Ada juga menjual air tebu. Kami pun singgahlah membeli beberapa biji durian. Lepas tu kami patah balik menuju ke KK. Eish bukan fasal durian lah yang aku mau cerita ni. Fasal kami singgah dipondok jeti tepi jalan/pantai berdepan dengan Lok Kawi Kem. Cantek sudah tau kawasan ni ada pondok-pondok dan ditanam pokok-pokok hiasan. Tapi sayangnya KOTOR bah, sampah bertempiaran. DD si Pais bilang, 'bodoh punya Majlis Daerah Penampang - tong sampah pun nda ada.'
Aku nampak ada lagi bekas-bekas puntung kayu yang hangus berlongok ditangga jeti. Orang2 ni pun bodoh - ndalah pandai menjaga kemudahan awam. Sayang tempat dibikin cantek2 tapi kotor.

Friday, January 23, 2009

VSS - VOLUNTARY SEPARATION SCHEME


SHIN NIAN KUAI LE, KONGSI FA CAI, KONGSI KONGSI KONGSI

wAH AKU dingar di TV lepas Tahun Baru Cina ni ada pembuangan? pekerja -

"Recent news reports quoted Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam as saying that 102 employers had stated that they would be retrenching their workers in stages from January while according to the Malaysian Employers Federation (MEF), between 200,000 and 400,000 workers are expected to lose their jobs this year. . In Singapore, another half a million Malaysians will be jobless as the republic buckles under the economic slowdown"

"Earlier, the International Labour Organisation (ILO) estimated that the number of those unemployed globally would rise by 20 million, to hit the 210 million mark by the end of 2009."

BEIJING (AFP) - - Grim economic news from China and Japan showed the global crisis hitting ever harder Thursday, burning Asia's champion exporters while data from the United States signalled more pain to come."

Di China, ramai pekerja yang bekerja di bandar - pulang ke kampong masing-masing setelah kehilangan pekerjaan.

Adakah keadaan sama akan berlaku di Malaysia? Seperti senikata lagu Allahyarham Sudirman - "BALIK KAMPUNG OOoooO Balik Kampung!.............." Ada siapa2 tau cerita Nabi Yusuf alaihisalam, tentang lembu gemuk dengan lembu kurus tu? Aku ingat2 lupa lah. Boleh kongsi ?
Kongsi, kongsi, kongsi,
Kongsi Fa Cai
HAPPY AND PROSPEROUS NEW YEAR


Sunday, January 18, 2009

PESANTREN CINTA

he he he - Aku mau kongsi kisah lucu di 'Pesantren Cinta'. Adik ku yang kasi nama rumahnya tempat kami berkumpul belajar membaca Al-quran sebagai 'Pesantren Cinta'. Apa lagi kalu bukan gara-gara program TV Cerita Indon. Seperti biasa setiap malam Isnin, Selasa dan Jumaat, lepas Isyak, kami berkumpul di 'Pesantren Cinta.' Ramai jugalah murid-murid yang belajar di sini - dari kanak-kanak Tadika hinggalah yang belajar Tajwid.

Ustaz kami pula orang muda yang 'sporting'. Kembanglah ustaz ni ...... he he he. Mula -mula kanak-kanak akan belajar dulu, lepas tu diikuti kumpulan kira-kira Menengah Bawah di ikuti dengan Menengah Atas.

Konon-konon kami ni kumpulan Menengah Atas lah yang belajar 'Tajwid'. Satu malam tu si Adek tanya ustaz - lebih kurang begini - sambil membaca nombor ayat dalam Al-quraan:
'Ini ayat keberapa Ustaz - ke 12?' Ustaz pula menjawab ITU NO 21 (wALAUPUN AL-QURAAN DI BACA DARI kanan KE Kiri, NOmbor DIBACA SEPERTI HURUF RUMI IAITU DARI kiri KE Kanan" nDA CUKUP dengan jawaban tu dia sambung pula cerita mengenai seorang Arab Penjual Kain .' Konon-konon Si Penjual kain ni membuat kenyataan yang berbunyi seperti ini:

"JAMIN TIDAK LUNTUR" - mAKA orang pun berpusu-pusu membeli kain jualannya.
Setelah di basuh, pembeli kain mendapati kain yang dibeli luntur warnanya, lalu mereka pergi kepada penjual kain dan dengan geram meminta penjelasan. Lebihkurang begini kali tu ' Kamu bilang 'Jamin tidak luntur' ini kenapa luntur?"

Terus si penjual kain bilang - 'nah itulah kamu orang Melayu baca dari "KIRI ke KANAN" Kami pula baca dari "KANAN KE KIRI" he he he kan jadi "LUNTUR TIDAK JAMIN". pANDAI PULA ustaz KAMI ni bejenaka. Bestlah nda boring. Marilah join kami di Pesantren Cinta.

Thursday, January 15, 2009

TRAFFIK JAM LAGI - ADUIIIII PANAS



The West Bank is Palestinian territory which was occupied by the Israeli army at the end of the 1967 war. The Israeli occupation of the West Bank is still ongoing, and has involved the creation of Israeli settlements, which is a war crime under international law.


Kemarin aku pigi Hospital Likas. Jam 3.30 petang aku siap urusan di hospital terus mau pulang lah konon - tapi aduiiiiii maaaakkkkk punyalah jam kereta-kereta nda begerak bah. Aku pikir ni ada accident, tau-tau nda juga pulak. Manakan nda jam semua kereta menuju ke jambatan yang sempit tu menuju ke jalan raya besar. Sudahlah tu lepas jambatan disambut pula dengan 'round about' - hey bodoh punya pelan. Sudahlah hospital kerajaan di sana, housing pun banyak semua menuju ke jambatan yang sempit - bikinlah bah jalan 'alternatif'. Kalau orang sakit mau mampus ni silap-silap mati bah ditengah jam. Patutnya roundabout tu gantilah sama 'traffic light' bah - orang-orang ni bukan ada timbang rasa nda juga mau kasi limpas kami dari sebelah Kingfisher ni. Sudahlah dari UMS, Mini Putra Jaya, 1 Borneo, Alam Mesra dan banyak lagi lah housing baru dari sebelah Tuaran, Inanam sepanjang-panjang housing bah. Butul-butul (betul) bodoh punya keraja. Lain lagi yang memotong 'que'. Bikin panas hati bah.

Wednesday, January 7, 2009

HENTIKAN KEKEJAMAN

HENTIKAN KEKEJAMAN

SAY NO TO WAR


Teringat pula aku kemarin - adakah patut konon aku ni mau bikin sambal - tumbuk lah aku ni lada, lada padi lagi tu, tiba-tiba melancit nah tekena bah muka ku, adui! adui! mak pedasnya.

Rasa-rasanya macam kena bakar bah mukaku. Mau-mau juga lebih setengah jam aku kepedasan. Ku tengok-tengok dicermin, kalau2 hitam sudah muka ku tebakar, nda juga pulak, tapi rasanya macam dibakar bah geng. Ish ish bayangkan macam mana rasanya sakit budak2 yang kena bedilan bom dan mortar di Palestine tu? Ini baru tekena lada sudah kesakitan macam mau mati.





Monday, January 5, 2009

LELAKI OH LELAKI

AKU ? kegemaran baru ku membaca blog - terutama blog kawan-kawan sekampung (negeri). Kalu ada masa terluang baca juga yang lain yang menarik minat. Sangat menyentuh perasaan ku kini selain kisah Pencerobohan di Gaza - Melati Duka dan Awang Muslihat.

Untuk Melati Duka dan Awang Muslihat - Lelaki bagi ku

AKU - dikelilingi oleh Lelaki dalam hidupku

DIRUMAHKU - tinggal enam orang kesemuanya Lelaki kecuali Aku.

TETAMUKU - hampir 90 % remaja Lelaki

DIPEJABAT - Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar -
semuanya Lelaki.

LELAKI - bapaku, atukku, adekku, suamiku, kawan dan kekasihku.

JENIS LELAKI - ada penyayang, ada yang penyangak - penyayang macam bapa dan anakku.

BAGIKU - Lelaki memang EGO, serabut dan punya 'instinct" survival serupa haiwan (opps bukan menghina)

- Untuk kepuasan diri, Lelaki sanggup korbankan apa saja termasuk anak dan isteri . Kesimpulannya - Lelaki memang Pentingkan Diri Sendiri.

NOTA:KATA IBUKU TENTANG BAPAKU - "Dia bukan saja suamiku tetapi dia adalah "GURUKU".
Oleh itu AWAS LELAKI, Jangan sampai 'Perempuan" jadi "Betina" kerana belajar daripada kamu Sang Lelaki.

Saturday, January 3, 2009

DI LORONG STAR CITY

Kemarin aku pigi Kampung Air, mau kasi update aku punya buku ASN. He he he ada juga la sikit konon pelaburan - heis bukan pelaburan yang itu? aku taulah kita selalu bilang bila pigi buang air tu konon melabur. cheh he he he.

Adui mak ramainya urang! Sampai dipokok-pokok kayu bah urang menunggu. Bila aku kasi tau c Faye - dia bilang " jadi monyet?" ah ini lagi satu. Memanglah keluarga ku ini macam ada sewel-sewel sikit tapi baik hati bah. jan ko marah aku pulak. Inda sah bah kalu inda bemain kan?

Last-last aku pigi cari kedai Ribu Jadi - konon-konon mau beli piring - abis suda piring ku picha. Adalah juga piring pelastik tapi aku nda suka makan situ sebab takut melamin - ini gara-gara c Meng lah ni bilang melamin tu ndak baik untuk kesihatan. Adakah patut ndak ku jumpa tu kadai. Sampai D'Leeton - itu bah hotel D'Leeton kah tu? aku tengok kedai yang dulu Ribu Jadi sudah jadi Toyota. hehehe malas sudah aku cari tu kedai terus aku pigi kereta - dadi si pais menunggu di kereta - biasalah nda ada parking. Kami pun pigi Likas ikut Lorong belakang Star City - Phui phui punyalah kotor. Sampah saja betaburan. Berabis juga DBKK ni cuti. Orang-orang di KK ni pun pengotor lah terutamanya yang ..............itu ! Alien?.