Petang Khamis (27 November 2008) yang lalu, aku dan keluarga bertolak dari Kota Kinabalu menuju ke Membakut. Setelah memenuhkan tangki kereta Avanza di stesyen Petronas berhampiran Bangunan Persekutuan, Jalan Mat Salleh, Sembulan kami meneruskan perjalanan. Petang itu hujan. Setelah tiba di Tanjung Aru berhampiran Lapangan Terbang KKIA jalan mula sesak dengan kereta, deretan kereta hampir-hampir tidak bergerak. Matahari telah mula tenggelam di ufuk barat. Kami dengan sabar membuntuti kereta dihadapan. Begitu juga kereta dihadapan kami dengan sabar membuntuti kereta di hadapannya dan begitulah seterusnya. Hairan kenapa kesesakan begitu teruk sekali - kami tidak biasa menyusuri jalan ini kerana kami tinggal di Luyang Kota Kinabalu.
Petang itu aku hendak ke Membakut kerana turut serta dalam penganjuran program pembasmian kemiskinan bandar anjuran Majlis Wanita Kerajaan Tempatan Malaysia (MWKTM). Kasihan mereka yang tinggal di Papar, Bongawan dan kampung-kampung disekitarnya seperti Beringis, Putatan dll. yang setiap hari terpaksa berada dalam deretan kereta-kereta yang panjang kerana hendak pulang kerumah masing-masing, setelah bekerja seharian. Banyak kawan-kawan ku yang bekerja di Kota Kinabalu berulang alik dari Papar dan Bongawan.
Aku rimas dan takut dengan keadaan ini. Kenapa tidak diadakan jalan lain (alternatif) untuk mengurangkan kesesakan ini? Jalan sehala dari Kinarut menuju ke Papar yang ada sekarang ini rasa-rasanya sudah sampai masanya untuk diperbesarkan menjadi dua 'lane'.
Tiba di bukit berhampiran Taman Perumahan Wong Kok - ada sebuah lori kecil terbalik - rupanya kesesakan sebahagiannya akibat kecelakan itu. Jalan agak licin akibat hujan. Kesesakan mulai reda setelah kami melepasi Pekan Bongawan. Tiba di Membakut, aku nampak sebuah lagi lori besar enam roda terbalik ditepi jalan. Agaknya lori tersebut tergelincir kerana tanah ditepi jalan tempat lori-lori itu diletakkan licin kerana dibasahi hujan. Kami menuju tempat program diadakan melalui jalan tanah yang baru juga di 'grade'.
Peserta-peserta program membuat aduan bahawa lori yang mereka tumpangi hampir-hampir terbalik kerana jalan licin. Sebahagian lagi peserta terpaksa menaiki traktor kepunyaan ladang kelapa sawit, kerana lori yang mereka tumpangi telah terkubur dalam lumpur. Walaubagaimanapun Alhamdullilah syukur kerana semuanya berjalan lancar dan selamat. Sekarang ini aku selesma dan hidung berair - akibat kena hujan agaknya.
5 comments:
Sorry lambat respon macik. rugi aku nda sempat tengok aksi macik kasi lecture ini kali, tapi dorang bilang, best! memang macik ada skil tersendiri. Plz get well soon. jangan lupa belanja ya :-)
sukur la kamu punya journey selamat. memang membosankan kalau trafik jem... dan laaagi sangsara waktu time hujan pastu teda airkon.
Tks. Mungkin skil yang doulu-doulu tu timbul kembali - hasil dorongan kamu dan semua orang. Gara-gara makan siput aku masih lagi 'gatal' alergic - he he he. Baru balik semalam dari KL - Simposium Sisters in Islam.
Aiso - nanti aku kontek ko. Ada mau bincang - tks ko punya artikel sudah bantu aku bagi 'ceramah' - ko kan 'the einstine of the family.'
ya ka? bagus la mcm tu. hehe
Post a Comment