Tuesday, May 26, 2009

Apa Kabar? - Lama tak jumpa

Minggu lalu aku jalan-jalan di Pasar Tani di Kampung Air. Sedang aku membelek-belek bibit bunga dan bibit sayuran yang dijual, seorang kawan yang lama tidak ku jumpa menyapaku. "Apa kabar, lama tak jumpa!".
Memang sudah lama aku tak berjumpa dengannya, mungkin setahun, dua. Kalau tak silap kali terakhir aku jumpa dia di Tabung Haji - kursus haji. 'Cantek bunga-bunga ni kan?" katanya, aku menjawab "Ia, aku pun suka......tapi susah menjaganya kan?" .
Aku berkenan sepokok lada padi yang berbuah lebat. "Hairan ya, pokok lada ni rendah saja sudah berbuah," aku mengajukan pandangan pada penjual bunga. 'Memang bibit sekarang, kak' kata penjual bunga. Dalam hatiku - inilah kali hasil 'bio-tek'. 'Boleh dimakan kah ni, atau saja untuk perhiasan?' aku mengutarakan rasa sangsiku pada penjual bunga. "Dua-dua pun boleh" katanya.
Kawanku pula ada teori lain, mengapa pokok lada padi tu rendah-rendah sudah berbuah. Katanya menurut orang tua-tua, bila hendak menanam bibit, kita hendaklah berjalan dengan merendahkan badan kita - ini kononnya akan menghasilkan tanaman akan berbuah ketika ia rendah dan tidaklah meninggi - aku pun belum pula mencuba teori kawanku ini.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU




Kaki membengkak terasa sakit
Loyanya tekak ku, makan pun tak larat
Baju pun ketat, di pinggang dah tak muat
Pening kepalaku, berdiri duduk rasanya berat

Geramnya, perut yang memboyot, sakit berdenyut
Sekejap menegang, sekejap rehat
Sakitnya semakin lama semakin hebat
Menegang, mengeras, berehat semakin kerap

Terasa malu dikelilingi jururawat
Di atas katil, kaki di ikat
Walau rambut mesra diusap
Gunting dan pisau tersusun berkilat
Rasa gerun mata melihat

Badan lemah, ingatan semakin melayang
Akibat suntikan ubat
Separa sedar suara doktor ku dengar memberi jelas
Bayi akan dilahir secara bebas
Kalau tak dapat, vacum atau pembedahan sudah terbayang

Tangisan dan lolongan pertama mu nak
Di telinga ku terdengar lunak
Segala sakit serta keringat mami dah tak ingat
Tercurah kasih sayang pembakar semangat

Anak-anakku
Kamulah menjadi tujuan hidupku
Kepada Allah Aja Wajala aku bersyukur
Kejayaan kamu di dunia dan akhirat aku doakan
Sayangku tak mungkin akan berakhir


Wednesday, May 6, 2009

RESTORAN KUPANG TERAPUNG - TANDEK


KUPANG



25 aPRIL yang lalu aku pigi ke Tandek melawat Pacik Ungas yang kurang sehat dirumahnya di Morion.

Sebelum itu aku singgah di Damai tempat adekku dan kami, Si Os & Yasin, si Yah & Charles dan aku sama hubby sama-sama pigi Morion. Syukur Alhamdullilah, nampaknya Pakcik agak baik, tapi hairan, katanya dia pigi Lotong, tetapi penyakitnya hospital tu inda dapat kesan. Macam ada dua tiga kes lah yang hospital ni inda dapat kesan sehinggalah pesakit dibawa ke Hospital SMC di Luyang, Kota Kinabalu. Hai apalah guna hospital kalau tiada doktor yang pakar dan tiada kemudahan untuk membuat penyelidikan untuk mengetahui penyakit yang menyerang pesakit?

Akhirnya dia pigi klinik swasta di Kota Marudu dan doktor di klinik swasta tu memberikannya ubat - kata doktor di klinik tu, kemungkinan Paru-paru Pakcik dijangkiti kuman - virus.


Setelah berbual-bual dan bertanya kabar, kami meneruskan perjalanan ke Restoran Kupang Terapung di tepi laut, Tanjung Batu. Uih nah punya cantek jalan Tingkalanon sekarang, lurus dan bertar lagi tu - sayangnya jalan yang lalu dekat rumah kami dari dulu sampai sekarang inda betar - belupak-lupak lagi di tengah-tengah jalan. Rumput pun sudah tumbuh ditengah-tengah jalan lagi tu!

Wah, sedap pula kupang ni tau kalau rebus cecah lada padi sama asam limau,tambahan lagi kupang baru diambil dari laut - kupang peliharaannya sendiri. Sudahlah pemandangan dan suasananya cantek dan romantik. Pengusahanya pula kawan sekolah OS di KM dulu. Sayangnya dia inda pula jual kelapa muda, belum sempat, katanya sebab restorannya baru 2 hari DIBUKA
?

Namun, makanan yang disajikan best best belaka. Terima kasih Charles & Yah kerana belanja kami. Seronok dapat berkumpul santai - cerita Pontianak tu memang klasik kan OS, YAH
- bah kah jaga telangar tiang letrik he he he he.

Sumber Wikepedia Bahasa Melayu mengatakan:
Siput sudu atau juga dikenali sebagai kupang, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia

Melalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma'). Siput sudu juga selalu dimakan dengan alkohol (selalunya dengan with 'raki' atau bir).

Seperti makanan laut lain, siput sudu merupakan sumber protein yang baik.

Friday, May 1, 2009

TAG BY CHINADOLL

HOW WELL U KNOW YR HUBBY?

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
~~ Football, football, football ~~

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
~~ he he he nda makan, paling2 – Ulam + belacan

3. What’s one food he doesn’t like?
~~ Makanan yang berminyak, konon dia ni nda kenyang kalu makan yang indada nasi ~~

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
~~ Red Guara Cafe ~~

5. Where did he go to high school?
~~ Lok Yuk. ~~

6. What size shoes does he wear?
~~ 7 ~~

7. If he was to collect anything, what would it be?
~~ Everytihng that has Manchester United Logo ....ho ho ho....~~

8. What is his favorite type of sandwich?
~~ don't quite like sandwich I think - paling2 roti bakar kawin… ~~

9. What would this person eat every day if he could?
~~ Nasi, ikan masak ampap or ikan masak asam kunyit or curry fish head ~~

10. What is his favorite cereal?
~~ Macam jarang lah makan benda ni kecuali kalau breakfast di hotel - emmm coco crunch kali. ha ha hal ~~

11. What would he never wear?
~~ entahlah - bra kali Hehehe… ~~

12. What is his favorite sports team?
~~ Manchester United Manchester United Manchester United~~

13. Who did he vote for?
~~ BN di hatinya, tapi dia vote protest kali ~~

14. Who is his best friend?
~~ Who can stand his temper except Me, myself and I... hahaha… ~~

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
~~ When I recount his bad habit ~~

16. What is his heritage?
~~ Bajau/Jawa ~~

17. What is his favorite colour?
~~ blue/Brown~~

18. What is his habit?

~~ Smoking ~~

19. What is he proud of?
~~ Manchester United - when winning a football match ~~

20. Lastly, do you think he will read this?
~~ YES ~~

There you're Chinadoll, I've answered yr challenge.

Thursday, April 30, 2009

BLACKOUT LAGI

Adooiii, penatnya aku. Balik-balik mati karan, balik balik mati karan. Ish panas panas lah. Aik boring betul beberapa hari ni asyik asyik tiada karan (letrik). Adakah patut - terpaksa aku cuci kain dengan tangan - mesin basuh nda buli diguna - indada karan.

Konon ada penambahbaikan atau menaik taraf - apa? mini stesyen?
Aku tengok dijalan Penampang adalah orang korek-korek ditepi jalan tu - mungkin itulah yang menyebabkan tiada bekalan letrik ni. Budu kan ..............dulu dulu indada juga letrik, inda pula kita rasa kekurangan kan? Paling inda best - kalau indada karan ni aku inda dapat pasang ni komputer, inda dapat tengok tv, inda dapat pasang tu kipas/akon - panas, panas adooooi.

Sunday, April 19, 2009

JUMPA DIMANA YA?

Kemarin Sabtu, pagi-pagi lagi aku keluar rumah dengan hubby. Aku ada program di PPS, Sembulan. Mula-mula kami pigi Tanjung Aru, kedai dekat korner depan Pejabat Daily Express ada jualan mee goreng...... sedap. Kami sarapan disitu.

Sambil-sambil buka-buka tutup makanan yang terletak di atas meja, aku senyum-senyum pada makcik yang jualan di situ. Lalu makcik tu tanya .....
"siapa ya? macam aku pernah liat....jumpa dimana ya?" Aku pun nda tau mau jawab apa, sebab aku pun nda ingat siapa dia. Terus dia sambung lagi ..."masa kenduri kahwin kali kan..?" Aku pun jawab : " ya, mungkin juga, di Likas ya?" Mak cik tu pandang je sama aku, sambil senyum-senyum, dia pun nda ingat dimana dia jumpa aku tapi rasa-rasanya macam dia pernah jumpa akulah.

Ini bukan kali pertama orang yang aku jumpa bilang macam diurang pernah jumpa aku. "Wah muka aku ni 'familiar' kah?" aku tanya sama hubby. Dia pun nda menjawab. Terus aku teringat, mustahil juga makcik ni ada tengok gambar aku dalam blog.

'Jangan-jangan dia nampak gambar aku dalam newspaper ni' aku bilang sama hubby ku. Hubbyku diam je....nda menjawab. Aku bukan artis atau orang kenamaan yang selalu keluar newspaper dan tv. Jangan-jangan ada pelanduk dua serupa ni tau?

Thursday, April 9, 2009

Wednesday, April 8, 2009

TAG BY CHINADOLL

INI PROFILE KU - Hati, Cinta, Sayang Kamu he he he



1. What were you doing 5 years ago?

Eating, walking, sleeping, breathing, laughing, crying .......making love ......ah ha ..... and still am. Life goes on ................

2. What were the 5 things on your to do list today?

Bathe, breakfast, go to hospital, call a friend n bloggin

3. What are 5 snacks that you enjoy?

Kacang goreng, goreng pisang, jeruk buah, keropok and kueh2 Melayu - not very healthy eh?


4. What are 5 jobs you've had?

Temporary Clerk

Tutor/Trainer

Secretary

Executive Secretary

Administrator/Manager


5. Tag 5 person and who are they?

No one seems to respond to my tags so I'm tagging no one -

he he he seems like 'givin up eh?' HAVE A NICE DAY


Tuesday, April 7, 2009

Kee & Unggut Family Futsal Match

Keluarga Kee & Unggut akan mengadakan perlawanan Futsal di Gelanggang Futsal Suria, Kota Kinabalu pada tarikh berikut:

Tarikh: 11 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam

Perlawanan adalah antara 3oan keatas lawan bawah 30an.

Sesiapa yang ingin menyertai sila datang ke Gelanggang Futsal Suria pada tarikh dan masa tersebut.

Monday, April 6, 2009

MENANTU - MALAS

"Eeeh geramnya aku"rungut kawanku si Irine. "Menantu ku tu pemalas. Asyik beperam saja bah di bilik", bilangnya sama aku. " Bah ko tegur-tegurlah bah" aku bilang. "Ah malas lah aku mo mara-mara, puas sudah aku" bilangnya. Kawanku ni pula lain, geram sangat dia sama menantu perempuannya.

Macam-macam ragamlah budak-budak sekarang. Itulah mula-mula saja bukan main lagi becinta. Kata P Ramlee, "Pijak semut pun tak mati". Lepas dua-tiga tahun kawin, keluarlah semua tembelang. Kalau minggu lalu aku jumpa kawan yang geram sama lelaki, kononnya 'kejam, tidak bertanggungjawab' lain pula dengan kawanku ini yang geram sebab menantu perempuan yang tidak bertanggungjawab.

"Kalau nda belawa, beenjui sama kawan, nah bekurung dibilik", bilangnya. " masak air pun inda bah - semua aku yang buat" bilangnya. "Bah ko suruhlah diurang pindah rumah bah" aku bilang.

Friday, April 3, 2009

LELAKI - KEJAM TAK BERTANGGUNGJAWAB

KEMARIN - PAGI aku jumpa kawan di 'Rufaqa Mini Market' di Sembulan. Mula-mula aku nda berapa perasan - tapi bila cerita-cerita baru aku ingat, rupanya dia yang berniaga makan di gerai tempat aku selalu sarapan. Aku tanya kenapa dia ada disini, jawabnya dia membeli ayam dari Mini Market ini. Aku pun menegaskan betapa bahaya membeli ayam yang sedia diproses, takut terjadi ayam yang tidak disembelih mengikut cara Islam seperti apa yang berlaku di Selangor yang di siarkan di TV baru-baru ini.

Sembang-sembang sambil sarapan, terkeluar pula kata-kata ini dari mulutnya -"Orang kita memang malas - malas berusaha" "Tambah-tambah lagi LELAKI - TIDAK BERTANGGUNGJAWAB".

Menurut kawanku ini, dia ada meminjam di AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia). Menurutnya hampir 70% ahli-ahli yang meminjam di AIM ni tiada perniagaan. Aku pun bertanya, kenapa pula jadi begitu. Katanya dia pun hairan, apalah guna meminjam kalau tidak juga hendak berniaga. Ini bukan saja menyusahkan diri sendiri malah menyusahkan orang lain. Katanya lagi baru juga hari Isnin yang lalu dia pergi ke pejabat AIM untuk membayar pinjaman. Adalah seorang ahli kumpulan mereka ni, tidak kecukupan wang untuk membayar pinjaman. - kekurangan RM4.00 Oleh kerana menjadi syarat AIM, semua ahli hendaklah menjelaskan bayaran sebelum dibenarkan pulang, maka ahli-ahli lain dalam kumpulan mereka pun rukut-rukut mengumpul RM4.00 untuk menambah wang kawan mereka tadi.

Tetapi masaalahnya, yang menyakitkan hati, si kawan ni, rupa-rupanya ada juga membuat pinjaman di Bank Rakyat dan telahpun mendapat RM15,000.00. Adakah patut dia meminjam lagi RM4.00 daripada kawan dalam pasukannya untuk membayar hutangnya di AIM? Heran juga, apalah guna hutang, kalau wang yang dihutang tidak membawa apa-apa pulangan? - menambah beban saja.

Terus lagi dia bercerita tentang kawannya, seorang guru yang ditinggalkan oleh suaminya yang berkahwin lain. Betapa anak-anaknya dibiarkan berkeliaran tanpa kawalan. Terkadang bermalam dirumah jiran, tidak dihiraukan. Teringat pula aku cerita si Surinit tentang budak yang meniru kerjarumah anaknya. Begitulah keadaan anak-anak yang datang daripada rumahtangga yang bercerai-berai. Si ibu tidak mempedulikan anak-anak kerana sedang bersedih dan geramkan pada suami yang tidak bertanggungjawab, manakala si bapa pula sedang asyik dengan isteri baru sehingga terlupa pada tanggungjawab pada isteri tua dan anak-anak. Hai dunia! dunia! - yang sedihnya kebanyakannya adalah orang kita.

Tuesday, March 31, 2009

TERLEPAS PELUANG









Kemarin aku berkesempatan menghadiri Jamuan Teh di kediaman Konsol Indonesia. Tetamunya tidaklah begitu ramai tetapi yang datang atau mendapat undangan kelihatannya tergolong dari mereka yang punya nama -socialite. Waduh pakaian mereka sungguh anggun-anggun belaka - ya.... yang 'disigner' punya nama.

Aku? - pakai baju kurung asli dan bertudung litup. He he he. Aku ni nda seberapa fashionable - nda pandai bergaya. Tapi itupun sudah cukup baguskan? Kain baju ku diperbuat dari fabrik Sutera Thai. OKlah tu. Cuma inda ada yang berkelap-kelip - tudung sikit ada batu-batu - pun simple saja. Kasut - aku takut pakai kasut tumit tinggi-tinggi. Takut jatuh. Kaw kaw kaw. Pun begitu, adapula satu tetamu yang pakai fesyen seakan-akan 'hotpants' gitu. Lalu duduknya pun sedikit mengelikan hati, macam tekang-kanglah hingga menampakkan pangkal pehanya yang gebu - eh gebu kah itu? - wah mengumpat pula. Macam tidak sesuailah pula - janggal kelihatannya.

Thursday, March 26, 2009

MELAYU - OH MELAYU

MELAYU - siapa Melayu? - ada banyak tafsiran mengenai Melayu. Ada pernah saya terbaca Melayu kononnya berasal dari Yunan. Orang Sabah secara umumnya mengatakan Orang Melayu ialah sinonim dengan Orang Malaya, tetapi entahlah belum lagi saya cuba-cuba selidik samada orang Malaya yang berketurunan India dan Cina dari Semananjung (Malaya) itu juga dianggap Orang Melayu.

Dulu pada tahun 1963, musim dharurat semasa konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia, saya menaiki bas untuk ke bandar Tawau (ketika itu saya masih bersekolah). Dipertengahan jalan bas ditahan oleh sekumpulan Askar Malaya, maklumlah musim dharurat, maka askar pun berjaga-jaga, lalu seorang daripada askar tersebut menaiki bas dan memeriksa kad pengenalan semua penumpang didalam bas. Bila tiba pada giliran saya - askar tersebut terus bersuara lebihkurang begini..." eh inilah kali pertama saya jumpa orang Melayu sepanjang saya membuat pemeriksaan" - dia merujuk kepada kad pengenalan saya yang menyatakan bangsa saya sebagai "Melayu".

Inilah kali pertama saya mendapat perhatian disebabkan bangsa saya "Melayu". Selama ini saya langsung tidak terfikir apakah implikasi atau istimewanya bangsa saya itu.

Suatu hari saya dan kawan baik saya, seorang peranakan Cina kacukan Filipino, bersama kawan2 sekolah yang lain melawat kapal perang yang berlabuh di Pelabuhan Tawau. Semasa lawatan tersebut, salah seorang 'Navy' disitu bertanyakan bangsa kami - lalu kawan saya menjawab bahawa dia 'Cina' dan saya "Melayu". Navy tersebut pun membuat perhatian yang kulit saya lebih cerah pula daripada kawan saya yang berbangsa Cina. Adalah menjadi tanggapan atau persepsinya bahawa Melayu itu berkulit gelap manakala Cina itu berkulit cerah.

Sekali lagi saya berdepan dengan isu 'Melayu' ini ialah pada tahun 1980an, semasa Pameran EXPO Pulau Pinang ketika saya sedang menonton Persembahan Tarian oleh Atanas, Kumpulan Penari Tradisional dari Sabah yang terkenal pada masa itu. Sedang saya asyik menonton tarian itu, duduk seorang budak perempuan Cina yang pada pengamatan saya masih dalam lingkungan awal remaja. Lalu dia membuat komen.

Budak Cina: Orang Melayu Sabah putih-putih ya?
Saya: Ya ada yang putih dan ada juga yang tidak.
Budak Cina: Ya? Orang Islam Sabah makan babi.
Saya: Tidak, Orang Islam tidak makan babi.
Budak Cina: Ya saya nampak sendiri, Orang Melayu, Islam lah makan babi.
Saya: "Orang Melayu tapi bukan Islam - Melayu itu bangsa, Islam itu Ugama, apa bangsapun boleh masuk Islam....."

Nampaknya Budak Cina tadi keliru antara Melayu dan Islam. Yang dia nampak itu sebenarnya kaum Bumiputera Sabah yang katanya Melayu dan pada pendapatnya Melayu itu sudah semestinyalah Islam.

Kali keempat bangsa saya "Melayu" yang menjadi kontrovesi ialah pada tahun 1990an, yang pada suatu ketika saya membawa Almarhum ayah saya ke Hospital Queen. Apabila ditanya apa bangsa bapa saya, saya menjawab "Melayu". Tahu apa yang terjadi kepada saya? Tentu kamu tidak percaya, yang saya telah dimarahi oleh pembantu hospital disitu. Menurutnya, "di Sabah tiada Orang Melayu", kalau ada Melayu pun mereka itu berketurunan Berunai. Melayu Berunai.

Saya hanya mendiamkan diri dan terasa tersigung dengan herdikan wanita pembantu hospital disitu.

Baru-baru ini saya telah pergi ke Hospital Luyang untuk pemeriksaan kesihatan dan sekali lagi saya ditanya, apakah bangsa saya. Oleh kerana pengalaman pahit yang menimpa saya beberapa tahun lalu di Hospital Queen, maka saya kata, "Entahlah sayapun tidak tahu apa bangsa saya - bapa saya punya bapa Cina dan bapa saya punya mama Suluk. Mama saya pula Dusun - saya pun inda tau sudah apa bangsa saya."

Tiba2 seorang Cina tua yang sedang diperiksa menjawab, "Bangsa Malaysia".
Pegawai Perubatan yang sedang bertugas itupun membuat kesimpulan, " kau Islam? dan ko pakai tudung, Suluk lah kao itu." - Wah dalam hati aku berkata2 : "Pandai-pandai pula dia ni ....." Aku diam saja dan terus mengingati kata2 Shakespear "A Rose by any other name would smell as sweet".
Terus juga aku teringat kawan aku yang meletakkan poster ini dimeja kerjanya semasa di pejabat dahulu "I would never get lost as everybody tell me where to go".

Kalau saya yang tua2 ini rasa bingung bayangkan anak saya yang bapanya pun Peranakan? - would some people treat them as second class citizens?

Monday, March 16, 2009

Uik aku kena tag lagi olih si Chinadoll. Maaak, sebab dia cabar aku, tepaksalah aku jawab ni bah kan...

USING ONLY ONE WORD! It's not as easy as you might think! Copy and change the answers to suit you and pass it on. It's really hard to only use one word answers. Be sure to tag the person you received it from!


1 .Where is your cell phone? - Table (next to me aik susah pula mau jawab dlm satu perkataan ni)
2. Your significant other? -Faiz
3. Your hair? - short
4. Your mother? - Fatima
5. Your father? – Jalil
6. Your favorite place? - Sofa
7. Your dream last night? - Nil (slept like a log)
8. Your favorite drink? - Water (Bulih kah ni? Hehehe)
9. Your dream/goal? - Nirvana (Susah mau cakap dalam satu perkataan - banyaaaaaak)
10. What room you are in? - Living
11. Your hobby? - LEPAKING (bulikah ni?)
12. Your fear? - Unknown
13. Where do you want to be in 6 years? - Home
14. Where were you last night? - Town
15. Something that you aren't? - busybody?
16. Muffins? - Love
17. Wish list item? - Shoes
18. Where you grew up? - Tandek
19. Last thing you did? - Sleeping
20. What are you wearing? - Pants
21. Your TV? - Sony
22. Your pet(s)? - Rabbit
23. Friends? - TV
24. Your life? - Ummmmmm colourful
25. Your mood? - erratic
26. Missing someone? - children
27. Car? - Toyota
28. Something you're not wearing? - bra.... ces - he he he
29. Your favorite store? - Plaza
30. Your favorite color? - Blue
33. When is the last time you laughed? - night
34. Last time you cried? – February
35. Who will resend this? - None
36. One place that I go to over and over? - Market
37. One person who emails me regularly? - Aida
38. Favorite birthday present? - Holiday
39. Favourite place i'd like to be at right now? - Bank (ambil duit - harap2 urang lain bagi - he he he)

I tag Anna, Meng, Ajung, Nong, LMIKE, KIMARAGANG BOY & SANGURU plus Aiso (jawab lah kamurang nda susah bah ni)
Ooooops got to go now. Promised hubby I'd meet up with him in town.

Sunday, March 15, 2009

PEMALAS - MALAS MALAS

TIDUR BAIK UNTUK KESIHATAN TAPI KALU TELEBIH BULI PENING KEPLA SAMA INDADA RIZIKI MASUK. Orang tua2 bilang. Kesian bah anakku ni sakit.

hE HE HE kamu ni PEMALAS kah RAJIN..........? khekhekhe...AKU..? kadang-kadang Malas kadang-kadang Rajin. Kamu pernahkah jumpa Orang Malas? Aku pernah jumpa Orang Rajin - siapa? mamaku lah. Mamaku ni rajin berusaha - cari duit.

Dia ni - mamaku lah - setiap hari kalau inda jualan di tamu atau di sekulah, dia pigi kebun. Belum lagi orang lain bangun dia sudah di kebun, menyiram sigup, kalau musim menanam sigup, atau merumput kalau musim menanam padi. Kalau musim menuai sigup, malam-malam di 'menarat' sigup. Hu hu hu - inda kamu tau apa itu? menghiris sigup (tembakau) mengunakan parang cina dan alat menghiris sigup yang dibuat daripada kayu.

Bah kah - Orang malas? Ada .... banyak eeeehhhh inda juga banyak lah yang aku jumpa tapi adalah. Apa macam rupa orang malas? sama juga macam manusia biasa cuma diaurang ni - yang aku tengok lah kan malas berusaha, bekira dan bodoh sombong. Banyak orang susah ini memang pemalas, uik sori marahlah diurang ni sama aku tau. Nda jadilah aku tulis ciri-ciri urang malas ni nanti berabis aku dikutuk pula. Kamu sajalah yang tulis. Bye aku kira mau malas-malas dirumah tapi tepaksa pula aku pigi jemputan urang kawin. Nda pigi nanti dibilang sombong pula padahal aku ni malas bah.

Thursday, March 12, 2009

KAHWIN LAGI?

Semalam siok-siok aku tengok Dairy Akademi Fantasia, tiba2 kawan aku telefon. Kawanku ini jarang-jarang juga menelipon - sibuk........ memangpun ........"ko tau kah aku dikasi tau oleh si Polan ....si Anu tu memang nda guna....... nda buli diharap." bilangnya (lebihkurang lah) he he he. Kawanku ni memang meluat sama Si Anu bah ......sebab dia suka bejanji tapi nda ditepati.

Kawan kami si Anu tu tetap tetap lah LELAKI YANG SUDAH BERISTERI. 'Ko tau? si Polan bilang dia Kawin lagi~!"

Uik tekazut aku bah, 'betulkah tu?' kawanku betanya sama aku. "Entahlah pula, nda juga ada ku dengar....kenapa nda ko telefon dia tanya?" aku bilang. "Eeeeh segan pula, marah dia nanti, ko lah telefon". kawanku menyuruh ku. "Dia tu memang 'playboy' bah kan?, kesian bininya, baaaaiiiiiik betul, cantek lagi tu" tambah kawanku lagi.

Entahlah, aku pun heran kenapa lelaki suka bebini banyak - kesian juga para pebinian ni. Tetapi sebaiknya lah pebinian-pebinian mesti berdikari. Menurut kata Datuk Maznah (iron lady) "perempuan mesti punya wang lebih daripada lelaki." he he he macam ku suka pula kata-katanya ni. Mari kita bersatu bikin duit banyak-banyak supaya nda payahlah begantung sama lelaki, apa macam?

Tuesday, March 10, 2009

"Jangan jadi orang susah, kerana kita akan menyusahkan orang lain. Jadilah orang senang kerana kita akan menyenangkan orang lain " - Dipetik dari blog SMK Teknik

he he he aku ada ni kawan, memang dia ni
'orang susah' dan bikin susah punya orang. Dia ni kan kalu becakap nda pernahlah 'positif' mesti 'negetif'. Hey orang jenis ni kan memang bikin susah punya. Kadang-kadang aku geram juga, tapi last-last aku bikin nda dengar je.

Semua perkara dia lihat dari sudut negetifnya dulu - dan kebanyakannya yang negetif saja yang dia besar-besarkan. Antara kata-katanya yang sering aku dengar ialah -

- pemimpin ''eeeeeh" - maksudnya kenyang makan suap.
- Pemimpin nda pandai buat kerja asyik fikirkan 'perut sendiri' je.
- Pemimpin pilih kasih, pilih bulu.
- Pemimpin sombong nda perihatin nda mesra rakyat

Betul-betul menyakitkan telinga lah jenis manusia ni. Bikin susah orang.

Alangkah bagus kalu dia bilang:

- Pemimpin bersikap amanah dan jujur
- Pemimpin pandai buat kerja - memberi kesenangan kepada rakyat
- Pemimpin adil dan saksama
- Pemimpin mesra rakyat, tidak sombong dan berhati perut.

kAN kah ini bikin SENAng Orang.

TRIP KE SANDAKAN - Sambungan

Wooui nah macam nda pandai sampai Sandakan ni asyik berhenti-henti.....bukan ....berenti-renti memblog....sama juga dengan perjalanan kami ke Sandakan kami berhenti dibeberapa tempat.

Mula2 singgah di Inanam pigi cari ATM ambil sikit duit, kemudian pigi makan sarapan - Puas bah aku mencari Kedai si Dayang kakak DD Neng, tapi nda ku jumpa ish ish last last makan saja bah kami di satu restoran Melayu (Indon kah?) makan soto. Lepas tu teruskan perjalanan ke Nabalu. Di Nabalu banyak bus pelancong, kami inda singgah - sempit bah kawasan ni. Terus ke Kundasang, disinipun kami inda singgah, terus ke Ranau - disini kami singgah sekejap sebab mau pigi tandas.

Kami meneruskan perjalanan sampai di Batu 32, kami singgah makan nasi goreng di satu kedai Melayu (Indon kah?). Tempat ni pun becak dan kotor kawasannya tidak menarik langsung. Diperjalanan banyak pula lori-lori besar membawa minyak sawit dan buah-buah kelapa sawit. Ada juga yang bawa simen dan bahan binaan. Dibeberapa tempat ada jalan mendap dan berombak-ombak, mungkin kesan lori-lori yang membawa muatan yang berlebihan daripada had atau mungkin jalan dibuat tidak mengikut spek? bukan spek mata - '
spesifikasi'!.

Di Sandakan paling aku suka pasarnya - bersih. Daging dijual disimpan dalam almari cermin yang dibuat khas - bukan di ampai atas apa kah namanya tu ? meja? oh ya macam di KK daging dijual di ampai di atas meja dan terbuka. Cuba dulu konon DBKK liat-liat cara diaurang di Sandakan ni, mungkin boleh di aplikasi disini. Sempat juga aku membeli ikan dan udang basah dan kering untuk dibawa pulang ke KK. Murah udang di Sandakan. Kami tinggal dirumah kakak iparku di SIM SIM dua malam dan pulang ke KK pada Hari Sabtu petang.

Jalan malam-malam ni
kurang sikit kenderaan di jalanraya. Untuk menghilangkan rasa 'keboringan' kami main teka-teki. Jam 8.00 malam kami singgah di Telupid - cari makan - Wah tekejut DD si Faiz, kawannya yang dulu buka Restaurant Banu di KK ada pula di Telupid beniaga restoran juga. Nampaknya diaurang ni (India) macam ada saja dimana-mana bah, diceruk-ceruk pun ada kaaaan? Aku pun inda tau adakah urang Telupid (Islam) beniaga makan disini ni.

Macam OK OK juga Telupid ni - nampak macam ada potensi untuk maju. Ada hotel dan Inn lagi tau di sini.
Jangan main-main. Kami tiba di KK jam 12.30 malam.

Monday, March 9, 2009

TRIP KE SANDAKAN

Assalamualaikum. pa khabar?

Wah lama betul ndak update blog ni kan? Nilah macam aku janji - aku ceritalah ni pengelaman trip ke Sandakan beberapa minggu yang lalu, tapi sebelum tu aku mau ucap SELAMAT MENYAMBUT MAULUDILRASUL. Aku ni kan, ada jemputan acara Maulud - dua lagi satu di Masjid Negeri dan satu lagi di Bangunan PPS - tapi nda bah aku dapat pigi - terpaksa pula aku diam dirumah jaga anak sebab bapa budak kena pigi hospital ziara anak saudara yang sakit. Alamak tentu kawanku fikir aku mungkir janji ni tapi apa nak dikato - indada bah siapa2 yang buli tolong tengok2kan budak kat rumah ni. Tambahan lagi kereta pun diguna oleh sang laki jadi nda dapatlah bah aku pigi. Maafkan aku dong.

Oh ya beberapa minggu yang lalu aku sama keluarga pigi Sandakan naik kereta. Wah alamak bukan main teruk bah jalan ke Sandakan tu. Ooopsss kena stop dulu post ni laki bawa pula pigi kenduri gunting rambut anak saudaranya di Menggatal ...... ish menggatal tu nama tempat lah. Nanti ada masa sambung - ke ke ke asyik terganggu je posting kali ni .... sibuk............

Monday, February 23, 2009

HIDUNG TINGGI?

hE E he lain pula bunyinya tajuk entry aku kali ni. Fasal hidung. Oh ya kalau ada yang tertanya-tanya kenapa aku lama nda update blog ni, sebetulnya aku baru balik dari Sandakan.

Nantilah aku cerita fasal trip ke Sandakan, aku mau cerita dulu fasal hidung. he he he. Balik dari Sandakan, kereta pun kotor dan nda sanggup cuci sendiri, maka dihantarlah ke 'car wash' dekat Kompleks Karamunsing. Sambil menunggu kereta dicuci aku duduk di kedai kopi entah apa nama kedai tu aku pun nda ambil pusing, tapi disitu ada ramai orang sedang sarapan.

Banyak lah menunya yang sinonim dengan daerah Tawau seperti Nasi Kuning, Soto Banjar, dan juga lain2 seperti mee goring, nasi lemak dan kueh mueh. Sedang aku asyik makan soto banjar ku aku nampak kawan ku duduk dipenjuru kedai. Dia senyum dan aku pun senyum tanda mengakui kehadirannya.

Siap makan minum aku pun pigi ke mejanya bertanya kabar, langsung bercerita aku pigi ke Sandakan melawat saudara di sana. Sampailah bab aku mengenalkan saudaraku itu ada kaitan dengan sesaorang yang kami dua-dua kenal yang aku kasi nama si G. Adakah patut si kawanku itu kata si G tu 'hidung tinggi' sambil menunjukkan hidungnya sendiri. Aku terkejut, ingatkan maksudnya hidung si G tu tinggi sebab dia berketurunan Arab aku pun kata 'jangan bah, mengata dulang paku serpih ......" aku rupa-rupanya tersalah anggap - he he he aku fikir dia bilang hidung si G tu tinggi sama juga sama hidungnya sebab si kawan ku itu pun Arab.

Bila aku fikir2 balik, rupa2nya maksudnya si G tu Sombong, ' hidung tinggi' kah kah kah. Nah kau.

Friday, February 13, 2009

Hidup untuk Apa?

Aku suka betul ni post oleh Mas Agus. Soooo aku copy paste kan untuk tatapan kita bersama. Mas boleh kan?

Hidup Itu Untuk Apa?
at 8:55 PM
Didalam keseharian saya suka mendapatkan pertanyaan yang sederhana tapi cukup mendalam untuk direnungkan. Seperti kemaren sore, sepulang kerja Icha bertanya pada saya, "Kak agus, hidup itu untuk apa?"Hidup itu untuk apa? pertanyaan itu cukup lama buat saya untuk mencari jawabannya.

Saya katakan padanya bahwa hidup kita adalah mengabdi pada Alloh dengan berbuat baik untuk alam & sesama.manusia memiliki dua predikat, yaitu sebagai hamba Alloh (`abdullah) dan sebagai wakil Alloh (khalifatullah) di muka bumi.

Sebagai hamba Alloh, manusia adalah kecil dan tak memiliki kekuasaan, oleh karena itu tugasnya hanya menyembah kepada Nya dan berpasrah diri kepada Nya. Tetapi sebagai khalifatullah, manusia diberi fungsi sangat besar, karena Alloh Maha besar maka manusia sebagai wakil Nya di muka bumi memiliki tanggungjawab dan otoritas yang sangat besar .

Sebagai khalifah, manusia diberi tangungjawab pengelolaan alam semesta untuk kesejahteraan ummat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Alloh untuk manusia. Sebagai wakil Alloh, manusia juga diberi otoritas ketuhanan; menyebarkan rahmat Alloh, menegakkan kebenaran, membasmi kebatilan, menegakkan keadilan, dan bahkan diberi otoritas untuk menghukum mati manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai khalifah Alloh, manusia memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi kehidupan di muka bumi.

Oleh karena itu manusia dilengkapi Alloh dengan kelengkapan psikologis yang sangat sempurna, akal, hati, hati nurani, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya sangat memadai bagi manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, disamping juga sangat potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding binatang.
posted by :agussyafii

Wednesday, February 11, 2009

TAG BY CHINADOLL

hi

Rules:It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag 10 people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name? NOR
2. A four letter word: NEST
3. A boy's name: NORMAN
4. A girl's name: NOREEN
5. An occupation: NURSE
6. A color: NAVY
7. Something you wear: NIGHTY
8. A food: NOODLE
9. Something found in the bathroom: NOISE (WHEN SINGING IN THE BATH HE HE HE) OR NAIL?
10. A place: NOBUSAK OR NEW YORK
11. A reason for being late: TUMMY ACHE (<---- NATURE’S CALL HE HE HE)
12. Something you shout: NUTTTT... (<---- bulih kah ni? )
13. A movie title: NINJA
14. Something you drink: NUTTY FRUIT DRINK
15. A musical group: NOCTURNAL (HE HE HE I ACTUALLY MADE THIS UP – MY FUTURE GROUP CAN KAH?) or NEBRASKA
16. A street name: NORTH ROAD, TAWAU
17. A type of car: NISSAN
18. A song title: NEVER ON SUNDAY
19. A verb: NIBBLE

Tagging: Meng, Yus, Yah, Os, Adek, Ajung, Androd, Anna, Sly and Dayo.

Monday, February 9, 2009

WAHAI SANG BUAYA




hARI Sabtu yang lalu (7 Februari) kami bawa budak-budak melawat Taman Buaya Tuaran yang terletak di Kg. Lok Batik, Jalan Sulaman, Tuaran.

Bestnya kalau ada tempat macam ni, bukanlah aku mau piara buaya, tapi kalau ada kebun tanam pokok-pokok dan rumah kampung - macam rumah yang diperbuat daripada bambu di Taman ni.

Sempat lagi kami menyiut ikan - anak ikan talapia di parit yang dibuat khas. He he he teringat masa kanak-kanak riang dulu-dulu.

Thursday, February 5, 2009

MURID SEKOLAH MEMBODEK




Dua tiga hari yang lalu, kami ambil Faiz dari sekolah. Dalam kereta, Faiz terus becerita:




Faiz: "Mi, tadi ada kawan(murid disekolahnya) Pais bodek Pais"
Aku: "Aa apa dia bilang?"
Faiz: "Dia minta duit Pais, dia bilang dia nda ada duit, pigi sekolah pun naik bas"
DD si Faiz: "Jangan kasi duit Pais, Kasi tau dd siapa tu nanti dd marah dia"
Faiz: "Jangan D nanti dia pukul Pais"
DD si Faiz: "Kasi tau Chegu............."(sebut nama cegu)
Faiz: "Dia bilang jangan kasi tau siapa2"

Hari ni timbul lagi cerita fasal budak yang membodek tu,
Faiz: "Dd Faiz nampak sudah budak yang membodek Pais tu, dia naik kereta yang
pintu dia disurung-surung"

Aku: "O dia naik bas sekolah?"

Fais: "Bukan lah, Pais tengok no dia ......................"(plate No)

Aku sama Faiz Dipintu pagar Sekolah :

Faiz: "Mi tengok budak yang tinggi tinggi tu, itulah budak yang bodek Pais".
Aku: "Mana?" (nda berapa perasan yang mana satu).

Walaupun nampak macam tidak juga ada apa-apa, macam timbul juga rasa khuatir terhadap keselamatan anak, maklumlah sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Harap-harap guru-guru disekolah sentiasa peka terhadap perangai murid-muridnya.

Monday, February 2, 2009

SI CICI



hAAII cICi manalah kau pigi ni?
Si Cici ni sudah beminggu-minggu nda pulang.
Harap2 bukan juga dia kena langgar kereta. Puas sudah kami cari disekitar perumahan ni nda ada juga kami nampak si Cici.



Wednesday, January 28, 2009

DURIAN DURIAN DURIAN

Tadi petang aku pigi cari buah durian. Si Faiz siap nangis lagi mau makan durian. Kami pun drive lah pigi Jalan menuju ke Papar. Dekat Kem Lok Kawi adalah beberapa buah lori 'parking' ditepi jalan sarat dengan buah-buah durian. Ada juga menjual air tebu. Kami pun singgahlah membeli beberapa biji durian. Lepas tu kami patah balik menuju ke KK. Eish bukan fasal durian lah yang aku mau cerita ni. Fasal kami singgah dipondok jeti tepi jalan/pantai berdepan dengan Lok Kawi Kem. Cantek sudah tau kawasan ni ada pondok-pondok dan ditanam pokok-pokok hiasan. Tapi sayangnya KOTOR bah, sampah bertempiaran. DD si Pais bilang, 'bodoh punya Majlis Daerah Penampang - tong sampah pun nda ada.'
Aku nampak ada lagi bekas-bekas puntung kayu yang hangus berlongok ditangga jeti. Orang2 ni pun bodoh - ndalah pandai menjaga kemudahan awam. Sayang tempat dibikin cantek2 tapi kotor.

Friday, January 23, 2009

VSS - VOLUNTARY SEPARATION SCHEME


SHIN NIAN KUAI LE, KONGSI FA CAI, KONGSI KONGSI KONGSI

wAH AKU dingar di TV lepas Tahun Baru Cina ni ada pembuangan? pekerja -

"Recent news reports quoted Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam as saying that 102 employers had stated that they would be retrenching their workers in stages from January while according to the Malaysian Employers Federation (MEF), between 200,000 and 400,000 workers are expected to lose their jobs this year. . In Singapore, another half a million Malaysians will be jobless as the republic buckles under the economic slowdown"

"Earlier, the International Labour Organisation (ILO) estimated that the number of those unemployed globally would rise by 20 million, to hit the 210 million mark by the end of 2009."

BEIJING (AFP) - - Grim economic news from China and Japan showed the global crisis hitting ever harder Thursday, burning Asia's champion exporters while data from the United States signalled more pain to come."

Di China, ramai pekerja yang bekerja di bandar - pulang ke kampong masing-masing setelah kehilangan pekerjaan.

Adakah keadaan sama akan berlaku di Malaysia? Seperti senikata lagu Allahyarham Sudirman - "BALIK KAMPUNG OOoooO Balik Kampung!.............." Ada siapa2 tau cerita Nabi Yusuf alaihisalam, tentang lembu gemuk dengan lembu kurus tu? Aku ingat2 lupa lah. Boleh kongsi ?
Kongsi, kongsi, kongsi,
Kongsi Fa Cai
HAPPY AND PROSPEROUS NEW YEAR


Sunday, January 18, 2009

PESANTREN CINTA

he he he - Aku mau kongsi kisah lucu di 'Pesantren Cinta'. Adik ku yang kasi nama rumahnya tempat kami berkumpul belajar membaca Al-quran sebagai 'Pesantren Cinta'. Apa lagi kalu bukan gara-gara program TV Cerita Indon. Seperti biasa setiap malam Isnin, Selasa dan Jumaat, lepas Isyak, kami berkumpul di 'Pesantren Cinta.' Ramai jugalah murid-murid yang belajar di sini - dari kanak-kanak Tadika hinggalah yang belajar Tajwid.

Ustaz kami pula orang muda yang 'sporting'. Kembanglah ustaz ni ...... he he he. Mula -mula kanak-kanak akan belajar dulu, lepas tu diikuti kumpulan kira-kira Menengah Bawah di ikuti dengan Menengah Atas.

Konon-konon kami ni kumpulan Menengah Atas lah yang belajar 'Tajwid'. Satu malam tu si Adek tanya ustaz - lebih kurang begini - sambil membaca nombor ayat dalam Al-quraan:
'Ini ayat keberapa Ustaz - ke 12?' Ustaz pula menjawab ITU NO 21 (wALAUPUN AL-QURAAN DI BACA DARI kanan KE Kiri, NOmbor DIBACA SEPERTI HURUF RUMI IAITU DARI kiri KE Kanan" nDA CUKUP dengan jawaban tu dia sambung pula cerita mengenai seorang Arab Penjual Kain .' Konon-konon Si Penjual kain ni membuat kenyataan yang berbunyi seperti ini:

"JAMIN TIDAK LUNTUR" - mAKA orang pun berpusu-pusu membeli kain jualannya.
Setelah di basuh, pembeli kain mendapati kain yang dibeli luntur warnanya, lalu mereka pergi kepada penjual kain dan dengan geram meminta penjelasan. Lebihkurang begini kali tu ' Kamu bilang 'Jamin tidak luntur' ini kenapa luntur?"

Terus si penjual kain bilang - 'nah itulah kamu orang Melayu baca dari "KIRI ke KANAN" Kami pula baca dari "KANAN KE KIRI" he he he kan jadi "LUNTUR TIDAK JAMIN". pANDAI PULA ustaz KAMI ni bejenaka. Bestlah nda boring. Marilah join kami di Pesantren Cinta.

Thursday, January 15, 2009

TRAFFIK JAM LAGI - ADUIIIII PANAS



The West Bank is Palestinian territory which was occupied by the Israeli army at the end of the 1967 war. The Israeli occupation of the West Bank is still ongoing, and has involved the creation of Israeli settlements, which is a war crime under international law.


Kemarin aku pigi Hospital Likas. Jam 3.30 petang aku siap urusan di hospital terus mau pulang lah konon - tapi aduiiiiii maaaakkkkk punyalah jam kereta-kereta nda begerak bah. Aku pikir ni ada accident, tau-tau nda juga pulak. Manakan nda jam semua kereta menuju ke jambatan yang sempit tu menuju ke jalan raya besar. Sudahlah tu lepas jambatan disambut pula dengan 'round about' - hey bodoh punya pelan. Sudahlah hospital kerajaan di sana, housing pun banyak semua menuju ke jambatan yang sempit - bikinlah bah jalan 'alternatif'. Kalau orang sakit mau mampus ni silap-silap mati bah ditengah jam. Patutnya roundabout tu gantilah sama 'traffic light' bah - orang-orang ni bukan ada timbang rasa nda juga mau kasi limpas kami dari sebelah Kingfisher ni. Sudahlah dari UMS, Mini Putra Jaya, 1 Borneo, Alam Mesra dan banyak lagi lah housing baru dari sebelah Tuaran, Inanam sepanjang-panjang housing bah. Butul-butul (betul) bodoh punya keraja. Lain lagi yang memotong 'que'. Bikin panas hati bah.

Wednesday, January 7, 2009

HENTIKAN KEKEJAMAN

HENTIKAN KEKEJAMAN

SAY NO TO WAR


Teringat pula aku kemarin - adakah patut konon aku ni mau bikin sambal - tumbuk lah aku ni lada, lada padi lagi tu, tiba-tiba melancit nah tekena bah muka ku, adui! adui! mak pedasnya.

Rasa-rasanya macam kena bakar bah mukaku. Mau-mau juga lebih setengah jam aku kepedasan. Ku tengok-tengok dicermin, kalau2 hitam sudah muka ku tebakar, nda juga pulak, tapi rasanya macam dibakar bah geng. Ish ish bayangkan macam mana rasanya sakit budak2 yang kena bedilan bom dan mortar di Palestine tu? Ini baru tekena lada sudah kesakitan macam mau mati.





Monday, January 5, 2009

LELAKI OH LELAKI

AKU ? kegemaran baru ku membaca blog - terutama blog kawan-kawan sekampung (negeri). Kalu ada masa terluang baca juga yang lain yang menarik minat. Sangat menyentuh perasaan ku kini selain kisah Pencerobohan di Gaza - Melati Duka dan Awang Muslihat.

Untuk Melati Duka dan Awang Muslihat - Lelaki bagi ku

AKU - dikelilingi oleh Lelaki dalam hidupku

DIRUMAHKU - tinggal enam orang kesemuanya Lelaki kecuali Aku.

TETAMUKU - hampir 90 % remaja Lelaki

DIPEJABAT - Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar -
semuanya Lelaki.

LELAKI - bapaku, atukku, adekku, suamiku, kawan dan kekasihku.

JENIS LELAKI - ada penyayang, ada yang penyangak - penyayang macam bapa dan anakku.

BAGIKU - Lelaki memang EGO, serabut dan punya 'instinct" survival serupa haiwan (opps bukan menghina)

- Untuk kepuasan diri, Lelaki sanggup korbankan apa saja termasuk anak dan isteri . Kesimpulannya - Lelaki memang Pentingkan Diri Sendiri.

NOTA:KATA IBUKU TENTANG BAPAKU - "Dia bukan saja suamiku tetapi dia adalah "GURUKU".
Oleh itu AWAS LELAKI, Jangan sampai 'Perempuan" jadi "Betina" kerana belajar daripada kamu Sang Lelaki.

Saturday, January 3, 2009

DI LORONG STAR CITY

Kemarin aku pigi Kampung Air, mau kasi update aku punya buku ASN. He he he ada juga la sikit konon pelaburan - heis bukan pelaburan yang itu? aku taulah kita selalu bilang bila pigi buang air tu konon melabur. cheh he he he.

Adui mak ramainya urang! Sampai dipokok-pokok kayu bah urang menunggu. Bila aku kasi tau c Faye - dia bilang " jadi monyet?" ah ini lagi satu. Memanglah keluarga ku ini macam ada sewel-sewel sikit tapi baik hati bah. jan ko marah aku pulak. Inda sah bah kalu inda bemain kan?

Last-last aku pigi cari kedai Ribu Jadi - konon-konon mau beli piring - abis suda piring ku picha. Adalah juga piring pelastik tapi aku nda suka makan situ sebab takut melamin - ini gara-gara c Meng lah ni bilang melamin tu ndak baik untuk kesihatan. Adakah patut ndak ku jumpa tu kadai. Sampai D'Leeton - itu bah hotel D'Leeton kah tu? aku tengok kedai yang dulu Ribu Jadi sudah jadi Toyota. hehehe malas sudah aku cari tu kedai terus aku pigi kereta - dadi si pais menunggu di kereta - biasalah nda ada parking. Kami pun pigi Likas ikut Lorong belakang Star City - Phui phui punyalah kotor. Sampah saja betaburan. Berabis juga DBKK ni cuti. Orang-orang di KK ni pun pengotor lah terutamanya yang ..............itu ! Alien?.